Antara isu yang hangat diperkatakan sekarang ini adalah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta.
Menurut Berita Harian, pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan dan Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun. Malah ini adalah denda tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ramai golongan yang lebih berpengalaman memberikan pandangan mengenai isu ini dan salah seorang daripadanya adalah Siti Kasim. Terbaru Siti Kasim menjelaskan menerusi akaun Tik Tok miliknya dan memberikan komen mengenai keputusan yang telah di tetapkan oleh pihak mahkamah tersebut. Dalam video tersebut, Siti Kasim menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah adalah keputusan yang memuaskan sebagai rakyat. "…sudah tentu untuk kita (rakyat), ini adalah keputusan yang memuaskan yang mana duit ini untuk rakyat. Saya rasa rakyat yang memikirkan betul-betul mereka akan bersetuju ini adalah bagus untuk rakyat…" Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Siti Kasim tersebut dan ada juga yang menyatakan bahawa pandangan Siti Kasim berkenaan dengan undang-undang dilihat lebih bernas berbanding pandangannya mengenai agama. -CARI Sumber: Murai.my
|
KIM.K replied at 3-9-2022 09:23 PM
Garit hang siti kasim. Cakap melayu slang cina
Najib org pertama klepto katanya
makadek replied at 4-9-2022 02:20 AM
Aku sokong je dia ckp tu
ADVERTISEMENT