CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu 'Mimpi' Langsung Tak Tercalon, Haqiem Rusli Pelik! Pihak Pengurusan Minta Semak Semula Penjurian AIM23

3-9-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6216| Komen: 48

Haqiem Rusli terkejut apabila lagu nyanyiannya berjudul Mimpi langsung tidak tersenarai dalam calon akhir Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23).

Menurut Haqiem, 24, ketiadaan lagu tersebut dalam mana-mana kategori menimbulkan keraguan memandangkan karya tersebut sebelum ini pernah meraih tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) Mac lalu.

Foto: IG

“Saya sedikit hairan apabila diberitahu bahawa lagu Mimpi tidak tersenarai langsung dalam top 5 AIM kali ini. Ia menimbulkan tanda tanya adakah lagu itu tidak bagus?

“Namun saya yakin Allah telah atur rezeki itu dengan baik. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Sabtu.




Sementara itu wakil pengurusan Haqiem iaitu FMC Music memberitahu pihak mereka sudah menghantar lagu tersebut untuk pencalonan dalam enam kategori.

Dalam masa sama, pihaknya juga meminta agar keputusan calon akhir disemak semula kerana yakin lagu ciptaan Haqiem dan Datuk A Aida itu layak tersenarai dalam salah satu kategori.

“Malangnya lagu ini tidak tersenarai dalam mana-mana kategori meskipun kami telah hantar untuk enam pencalonan. Ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya pada pihak kami.

“Jika lagu ini lagu tidak pernah mendapat pengiktirafan juri profesional, pastinya kami tidak akan mempertikaikan senarai calon akhir.

“Kami berharap keputusan calon akhir AIM yang diumumkan baru-baru ini disemak semula. Kami sangat yakin Mimpi layak untuk berada sekurang-kurangnya dalam beberapa kategori,” jelas wakil FMC Music.



Pihak FMC telah menghantar lagu tersebut untuk dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki), Susuan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Dalam Drama dan Muzik Video Terbaik.

Senarai akhir calon AIM23 telah diumumkan dalam satu sesi sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

AIM23 bakal berlangsung pada 11 September ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Bagi edisi kali ini, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagi karya yang diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 dan hanya 105 daripadanya disenarai pendek menerusi 21 kategori yang dipertandingkan.

Penjurian bagi menentukan pemenang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan lain-lain. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 3-9-2022 06:06 PM
Edited by ashilalat at 3-9-2022 06:08 PM

Tu maksudnya ko bukan antara yg terbaik lah dek oi. Lagu menang AJL pon x tersenarai dalam lagu terbaik, ini kan ko yg setakat nombor 3.

Mesti dalam hati ko rasa, diri kau dah paling terbaik antara semua penyanyi lelaki selama ni kan?
Quote shernazz 3-9-2022 06:24 PM
Buat lagu mengigau plak
Quote GegarVaganja 3-9-2022 06:40 PM
‘Yakin Allah telah atur rezeki’ tapi kau pertikaikan pulak penjurian. Dah memang kau takde rezeki nak shortlisted. Apoo.
Patut hantar untuk kategori vokal wanita, mungkin dapat shorlisted di samping Erni3, Aina Abdul, Marsha, Idayu.

Quote kotakominami 3-9-2022 07:16 PM
Lagu org lain lg best dik
Quote Atata 3-9-2022 07:26 PM
Main kabel jugak lahh dalam tu
Quote silampumeja 3-9-2022 07:27 PM
Lagu simple ulang-ulang harapkan menang anugerah. Kena fahamlah lagu sesuai dgn halwa telinga dan lagu taraf anugerah... Juri ada standard pemarkahan... Janganlah nk kata menang tempat dlm ajl akan kena menang jgak aim... Apoo
Quote mongoose_kidz 3-9-2022 07:32 PM
Mmg lagu tu x sedap pun..ntah ape yg hype sgt.
transition dia x smooth.
Quote dolladolla 3-9-2022 07:35 PM
Ko menang AJL no 3 pun aku pelik apetah lagi nk masuk top 5 AIM, dlm MIMPI la dek......
Quote Lentera 3-9-2022 07:36 PM
Ehh dia kisah pulak ke pasal lagu dia? Ingatkan sejak kawen ni bz ulit bini je
Quote scrocth 3-9-2022 07:43 PM
Pttnya kau kena malu lagu hauk mcm tu boleh menang tmpt ketiga AJL. Betullah artis2 zaman skrg ni mmg rappo n PR ke laut. Artis2 lama mana ada bersungut mcm ni sekali. Stkt soksek2 blkg tabir jerh.
Quote katak hijau 3-9-2022 08:22 PM
Pihak FMC telah menghantar lagu tersebut untuk dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki), Susuan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Dalam Drama dan Muzik Video Terbaik.

1. Lagu pop- ada byk lagi layak
2. Vokal- ada ramai lagi suara lebih bgs
3. Susunan muzik - bosan
4. Rakaman- tidak mencapai piawaian mungkin
5. Ost- byk lagi lagu bgs
6. Mv- byk lagi mv lagi berkualiti

Kesimpulan..u dont even deserve the top 10. Face the fact. Deal with it. HR ni dah terlalu hanyut dek pujian fanatik dia
Quote dudaberhias 3-9-2022 08:33 PM
dah memang lagu ko tak sedap. terima je la kim propa oiii...
nak je kaka sumbat patung berhala penanggal yang ko bubuh dekat kek kahwin ko tu dalam mulut ko...
Quote dudaberhias 3-9-2022 08:33 PM
Quote Minyakyuyi 3-9-2022 08:37 PM
katak hijau replied at 3-9-2022 08:22 PM
Pihak FMC telah menghantar lagu tersebut untuk dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Ter ...

bukan nak kata...lagu ost ayahnda yg tokwie nyanyi tu bertiang bagus dr lagu mimpi..
Quote rukia2 3-9-2022 10:08 PM
Ko dah kenapa dekkk...juara AJL pun x masuk dek..
Quote mamajawie 3-9-2022 11:48 PM
dudaberhias:


Yihh..seramnya kek kawen dak propa ni..sama seram dengan kek ponti kemut tu..haha
Quote antiQue 4-9-2022 12:03 AM
Macam mana lagu mimpi ni boleh dapat 3rd place AJL?
Quote izat123 4-9-2022 12:10 AM
Lagu tak best. Lirik ulang ulang. Patut FMC minta pihak juri AJL yang semak balik keputusan AJL tu macam mana boleh dapat nombor 3.
Quote ciksom 4-9-2022 12:32 AM
Perasan la engko ni. Memang lagu tak bagus tak sedap.TuliS lirik 1 rangkap.lepas tu ulang 20 kali. Entah entah yg AJL tu juri tersalah kira markah.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.112238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top