CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Tahun Pembantu Rumah Menderita Dipukul Didera, Majikan Dah Ditahan Polis

3-9-2022 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4658| Komen: 59

GOMBAK – Polis menahan seorang wanita tempatan yang juga majikan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di Batu Caves, di sini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan yang dibuat mangsa, seorang wanita Indonesia berumur 46 tahun pada pukul 5 petang pada 31 Ogos lalu.


Gambar Hiasan

“Wanita itu mendakwa telah didera secara fizikal oleh majikannya yang merupakan pasangan suami isteri di sebuah rumah di kawasan Batu Caves, dekat sini.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja dengan pasangan suami isteri tersebut bermula Oktober 2019 dan mendakwa sering dipukul oleh majikan sejak bekerja di rumah pasangan itu.


“Bagaimanapun, mangsa dapat melarikan diri dari rumah majikannya dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut oleh Pegawai Perubatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah memberkas seorang wanita tempatan yang juga majikan mangsa berumur 35 tahun pada 1 September lalu bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, suspek telah direman di Mahkamah Majistret Selayang pada hari yang sama dan permohonan tahanan reman telah dibenarkan selama lima hari sehingga 5 September ini.

Katanya, kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 3-9-2022 11:04 AM
[youtube]DAfaXlBYQsA[/youtube]
Quote Friska 3-9-2022 11:06 AM
[youtube]0MM8cs8cWmA[/youtube]
Quote Friska 3-9-2022 11:09 AM

Quote Nurdianah 3-9-2022 11:11 AM

Quote white_musk 3-9-2022 11:29 AM
akak lebih kesiankan kulibatak2 warganegara tanahair ini kerana tetap kena bekerja 48jam seminggu

pindaan akta ditangguh
Quote white_musk 3-9-2022 11:30 AM

Setakat MENGINGATKAN


Quote renko 3-9-2022 11:53 AM
klunya
A/L A/P
so menteri pun acah2 je prihatin
pastu mampus la sana
Quote Friska 3-9-2022 01:03 PM
Kejam                     
Quote Acikgomen 3-9-2022 02:00 PM
Mesti maid tu jenis malas mandi, tak gosok gigi baju sendiri tak basuh
Sekian tuduhan acik
Quote glump 3-9-2022 02:01 PM
Kejam tapi kenapalah kena dera dah lama baru tau nak larikan diri ..kau ingt semua orang Malaysia kejam macam majikan kau.tengok ada je yg ihsan nak tolong sebab orang tau kau kena Dera .
Quote CARI-MRO 3-9-2022 02:38 PM
GOMBAK – Polis menahan seorang wanita tempatan yang juga majikan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di Batu Caves, di sini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan yang dibuat mangsa, seorang wanita Indonesia berumur 46 tahun pada pukul 5 petang pada 31 Ogos lalu.




Gambar Hiasan




“Wanita itu mendakwa telah didera secara fizikal oleh majikannya yang merupakan pasangan suami isteri di sebuah rumah di kawasan Batu Caves, dekat sini.


“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja dengan pasangan suami isteri tersebut bermula Oktober 2019 dan mendakwa sering dipukul oleh majikan sejak bekerja di rumah pasangan itu.


“Bagaimanapun, mangsa dapat melarikan diri dari rumah majikannya dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut oleh Pegawai Perubatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, susulan kejadian itu, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah memberkas seorang wanita tempatan yang juga majikan mangsa berumur 35 tahun pada 1 September lalu bagi membantu siasatan.


Jelas beliau, suspek telah direman di Mahkamah Majistret Selayang pada hari yang sama dan permohonan tahanan reman telah dibenarkan selama lima hari sehingga 5 September ini.


Katanya, kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote Friska 3-9-2022 02:39 PM
Wartawan @CARI-MRO ndak cek sebelum bikin trit

Udah ada tritnya, lengkap foto dan video

Majikan durjana dipercayai pegawai kerajaan dera pembantu rumah, Menteri arah siasat!
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5061682
Quote stingergrumpy 3-9-2022 02:39 PM
Berebut rebut nak bukak tred yg sama...macam aku nak lempang sekoq2
Quote jalfa 3-9-2022 02:55 PM
Babinya..dulu kat leluhur jadi babu sekarang senang lenang dok malaysia menindas mendera org lain plak..dasar semoga polis jaga lokap tu ajar cukup cukup dgn getah paip .biar dia tahu erti sakit
Quote Friska 3-9-2022 05:02 PM
Orang India majikannya
Quote pu3_rania 3-9-2022 06:19 PM
renko replied at 3-9-2022 11:53 AM
klunya
A/L A/P
so menteri pun acah2 je prihatin

Tak mustahil kes ni di campak ke NFA kalau kerajaan Indonesia tidak ambil langkah proaktif

Quote star_karat 3-9-2022 06:28 PM
Aku cuba bayang kan orang malaysia kerja maid kat Indon dah tu kena dera. Sana lagi takut tau klu dera. Pegawai kerajaan dorang bengis semacam. Bayang klu kat ulu jawa timur kau nak cari embassy malaysia.
Quote pu3_rania 3-9-2022 06:30 PM
Edited by pu3_rania at 3-9-2022 06:35 PM
white_musk replied at 3-9-2022 11:29 AM
akak lebih kesiankan kulibatak2 warganegara tanahair ini kerana tetap kena bekerja 48jam seminggu

...


Bongok tak boleh di bawa bincang bila HRians dah bertungkus lumus untuk amended Employment Act 1955 yang mana ada HR yang telah hantar memo kepada pekerja tapi alih2 last minute pi postponed ke 1Jan 2023
Dah serupa macam gomen PH suka U-turn
Quote Friska 3-9-2022 07:29 PM
Semoga segera ke pengadilan

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058290 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top