CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur 23 Tahun, Terketar-Ketar Tangan Influencer Malaysia Dapat Hadiah Hari Jadi Lamborghini RM1.5 Juta

3-9-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1748| Komen: 5

Kuala Lumpur: "Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar." Demikian reaksi pempengaruh media sosial atau influencer, Siti Jamumall yang mendapat hadiah kereta mewah Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23.


Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada syarikat menjual produk berkonsepkan pendidikan Islam.


Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.


"Terima kasih kepada yang membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri," katanya.

Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk syarikat itu lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.

"Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan mereka (syarikat jualan). Jadi, ketika sesi live (langsung) di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.

"Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ranking sale (kedudukan jualan) paling banyak dalam jangka masa singkat yang mana dalam tempoh satu jam live terus hit," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-9-2022 03:26 PM
wei siti ni baru 23 ke, patotlah cam rempit
Quote wikedsaikel 3-9-2022 04:23 PM
Why Lambo? Maintenance sapo bayor? Untung 5juta ok la bagi lambo. Kalu sejuta mcm tak leh hadam. Pekerja lain pon perlu bagi bunus ye dak?
Quote Meiizu 3-9-2022 04:24 PM
Lepas spm trus kawin keee ni..belajar takmo jadi scammer agent ke haperr.
Takde pun org kelliling me olllss pakai produk dia
Quote videcloset 4-9-2022 01:19 AM
Betul lah dia belum hidup lama lagi
Quote VitchyPinkVitch 5-9-2022 12:50 AM
rosedemon: wei siti ni baru 23 ke, patotl ...
hahaa kennnnn

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.037581 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top