|
Hanya dengan satu komen daripada aktres terkenal Fazura, nama seorang wanita, Ellya Farahanny Ridzuan terus meledak dalam media sosial.
Masakan tidak, wajahnya dikatakan mempunyai iras pelakon filem Pisau Cukur itu. “Oh, hai kembar,” komen Fazura baru-baru ini. Tidak menyangka dirinya mendapat perhatian ramai, Ellya beberapa kali menjelaskan kepada pengguna media sosial, bahawa dia tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Fazura. Bukan hanya meraih pujian, dia turut dikatakan meniru gaya percakapan dan perwatakan Fazura selepas dikenali ramai.
Menafikan semua itu, Ellya bagaimanapun berterima kasih dengan semua respons netizen. Difahamkan, jumlah pengikut Ellya meningkat secara mendadak selepas videonya tular dalam TikTok minggu lalu. -CARI Sumber: Kosmo
|

Fly_over replied at 3-9-2022 01:52 PM
iols suka kembar yg ni. nmpk classy budak ni. faz pn follow ig dia. yg latest ni faz follow x?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.672565 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.