CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Ketakutan- Jumpa Bilik Tersembunyi Belakang Tandas Di Rumah, Siap Ada Katil Besi

3-9-2022 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1180| Komen: 2

Sepasang suami isteri diselubungi ketakutan selepas mendapati terdapat bilik rahsia di sebalik dinding bilik air mereka semasa tinjauan kontraktor di kediamannya di Brighton ketika ingin membuat baik pulih.


Lebih mengejutkan Steven, 54, dan isterinya Carolyn Sparks, 42, adalah bilik berkenaan hanya mengandungi satu rangka katil besi bersaiz single.

Berdasarkan gambar, katil besi berkenaan adalah sebahagian daripada bilik dan kelihatan lantai serta dinding dan paip di sekelilingnya.


Foto: Daily Mail

Terdapat juga kotak-kotak terpakai yang disusun tinggi di satu sudut bilik.


Difahamkan, bilik itu adalah sebahagian daripada rumah Victoria asal dan digunakan untuk menyimpan arang batu yang mana lubang akses di luar tempat arang batu akan dituangkan ke dalamnya.

Bagaimanapun selepas diubah suai, satu-satunya cara untuk mengakses ruang bawah tanah adalah melalui lorong tetapi hanya untuk memastikan terdapat akses kepada kerja paip sekiranya berlaku kecemasan.

Carolyn yang merakam penemuan itu, menjelaskan bahawa anak perempuannya sedang mempertimbangkan bilik untuk penggambaran filem seram tugasan kolej.

Bercakap mengenai penemuan luar biasa itu, Carolyn berkata dia mendapati terdapat ruang bawah tanah di bangunan itu selepas membeli kediaman berkenaan.

"Ia tidak terdapat dalam butiran ejen dan kami juga tidak melihatnya semasa melawat. Mungkin tidak perasan kerana ia diakses melalui tandas kecil," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-9-2022 12:58 PM
Cuba check mana tau ada lagi lubang rahsia.


Quote rosedemon 3-9-2022 03:23 PM
hihihi buat apa tuuu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.154519 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top