CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Terkejut Suami Bagi Hadiah Telefon Dan Jam Tangan Bernilai RM8 Ribu

3-9-2022 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3177| Komen: 23

Kejayaan menamatkan pengajian asasi dalam bidang seni kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) degnan keputusan cemerlang telah membawa tuah kepada penyanyi Ayu Damit.


Ayu atau Norayu Damit, 33, memberitahu suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin mengotakan janji yang dibuat dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar iPhone 13 Promax serta Apple Watch yang keseluruhan dianggarkan berharga RM8,000.

Foto: IG

"Dia (suami) memang dah cakap akan beri hadiah kalau saya berjaya tamatkan pengajian asasi dalam masa ditetapkan. Tak sangka dia masih ingat dan tunaikan janji.

"Ketika membeli telefon berkenaan, kami keluar bersama anak-anak, tiba-tiba dia ajak masuk kedai telefon dan minta pilih.


"Sebenarnya boleh sahaja tunggu edisi iPhone terbaharu yang akan keluar tak lam lagi, tetapi saya teruja apatah lagi suami mengotakan janjinya," katanya kepada mStar.

Ayu bukan sahaja berjaya menamatkan tempoh pengajian dalam masa setahun tetapi mendapat keputusan cemerlang dan bakal menyambung ke peringat sarjana muda dalam bidang vokal.



Meneruskan impian menggengam segulung ijazah, Ayu berkata dia sedar perlu membahagikan masa sebaik mungkin apatah lagi dia turut sibuk dengan perniagaan serta persembahan pentas.

"Sekarang ini saya hanya tunggu tarikh untuk mendaftar masuk ke peringkat ijazah sarjana muda. Harap semua berjalan lancar dan berjaya mendapatkan sijil dalam tempoh tiga tahun.

"Dekan pun dah 'warning' untuk saya bahagikan masa sebaik mungkin malah suami pun banyak nasihat untuk fokus kepada pelajaran," katanya.

Bakal menghadiri kelas secara fizikal, Ayu sedar cabaran bergelar pelajar bukan mudah namun akan memberi fokus kepada pelajaran berbanding bidang nyayian sepanjang tempoh itu.



"Nak perlahankan karier memang susah sebab ini adalah kerjaya saya, cumanya perlu bijak menguruskan jadual kerja, tanggungjawab di rumah serta pelajaran.

"Saya akan lebih memilih tawaran dan bersesuaian dengan jadual di kampus agar tidak menggangu kuliah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 3-9-2022 12:57 PM
Good luck Ayu.. bagus jd penyanyi yg berilmu..
Quote slyfynx 3-9-2022 01:00 PM
Please jgn terpengaruh dgn org2 lain yang nk tunjuk sgt bahagia, nk tunjuk sgt ade duit.
Aku suke je Ayu ni usaha, tp dh start dah menunjuk hadiah dan jumlah harga.
Haish
Quote Belibis 3-9-2022 01:09 PM
slyfynx: Please jgn terpengaruh dgn org ...

Tak menunjuk nunjuk tu sebab takde...sekarang dah ada..kena la tunjuk.aaa gituuu.
Quote jasmeen 3-9-2022 02:52 PM
dulu org ckp suami dia hensem
Quote sayawifenikmie 3-9-2022 08:45 PM
slyfynx replied at 3-9-2022 01:00 PM
Please jgn terpengaruh dgn org2 lain yang nk tunjuk sgt bahagia, nk tunjuk sgt ade duit.
Aku suke j ...

.. alaaa setakat iphone dan apple watch tu apalah yg menunjuknya ....
Quote rayna_raynes 3-9-2022 08:57 PM
sayawifenikmie replied at 3-9-2022 08:45 PM
.. alaaa setakat iphone dan apple watch tu apalah yg menunjuknya ....

Handbag dia coach monogram je
Quote melinda_kerr 3-9-2022 09:52 PM
Aku anti betul tgk laki pkai pouch beg kt dada. Lagi2 yg logo2 besar.
Quote Tembikaigoreng 3-9-2022 10:54 PM
Makin cantik si Ayu
Quote royaldanish 3-9-2022 11:14 PM
Timba la ilmu selagi mampu. Good luck ayu
Quote Piramida 3-9-2022 11:17 PM
Tahniah... Good move. Better late than never kan.
Daripada canang sana canang sini, ntah bila nak grad or ntah sampai bila nak bangga dgn espeem 10as.
Quote hasniey 4-9-2022 01:56 AM
Tahniah ayu.dulu time masuk one in a million dia xabes belajar kan?mcm ada dgr xde spm time tu
Skrg dh nk amik degree dah
Quote silampumeja 4-9-2022 02:45 AM
hasniey replied at 3-9-2022 05:56 PM
Tahniah ayu.dulu time masuk one in a million dia xabes belajar kan?mcm ada dgr xde spm time tu
Skrg  ...

Rasa macam stacy pun macam tu kan... Takde spm... Àyu ni baguslah makin majukan diri... Hsband dia pun baguslah galakkan and sokong... Org cakap macam2 dia teruskn hidup sendiri... Alhamdulillah
Quote awenda507 4-9-2022 02:49 AM
All the best ayu
Quote lazim 4-9-2022 03:10 AM
8k tu kira nilai yg lojik la.. Retis sllu gebang puluh2k
Quote nurul_akmar 4-9-2022 05:35 AM
Ayu damit ni antara contoh yg ko bukan x cantik. Tp xde duit je. Saing2 jihan musa..

Cantik mereka2 ni skang
Quote wirazam 4-9-2022 09:01 AM
Tembikaigoreng replied at 3-9-2022 10:54 PM
Makin cantik si Ayu

Dah pakai braces..dulu tak mau kan
Quote wirazam 4-9-2022 09:02 AM
nurul_akmar replied at 4-9-2022 05:35 AM
Ayu damit ni antara contoh yg ko bukan x cantik. Tp xde duit je. Saing2 jihan musa..

Cantik mereka2 ...

Setuju..cantik perlukan duit
Quote Afie13 4-9-2022 10:13 AM
Tahniah la sis cuma nasihat jujur relex2 je kalau ada duit ke dapat hadiah drp laki baik diam2 je. Manusia ni ramai yg dengki dgn kebahagiaan n kesenangan org lain
Quote sayawifenikmie 4-9-2022 10:54 AM
rayna_raynes replied at 3-9-2022 08:57 PM
Handbag dia coach monogram je

.. hah ... Hbag pun Coach jer ...
acik2 forum lagi brangging beg itu ini  >> dulu2 ada thread handbags di BFT .. tak tahu now ni ada lagi ke tak
tapi nampak dia ni sangat gigih berusaha
suka orang macam ni ..

tak kaya raya tak apa
'tapi sentiasa berusaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060491 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top