CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpaksa Buat Kerja Rumah Sebab Isteri Di Hospital, Achey Baru Rasa Betapa Susahnya Jadi Suri Rumah

3-9-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1796| Komen: 12

Foto: IG

Achey Bocey berkata dia terpaksa berulang alik ke Johor untuk menziarah isterinya Nor Hasanah Yahaya yang sedang menjalani rawatan kaedah pensenyawaan invitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di negeri itu.

Achey atau nama sebenarnya Nasir Hamzah, 36, memberitahu keadaan kesihatan isterinya beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang tiub fallopian pada 18 Ogos lalu.


“Saya ulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan sudah menjadi rutin yang perlu saya lakukan selama dua bulan setengah kerana isteri berada di sana.

“Keadaan isteri saya sekarang semuanya okay cuma dia ada mengalami sedikit pendarahan dan perlu jumpa doktor dalam masa terdekat ini.



“Ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan cuma yang saya dapat rasakan sedikit kepenatan apabila terpaksa ambil alih tugas isteri di rumah.

“Sekarang baru saya tahu betapa sukarnya menjadi suri rumah,” kata Achey kepada mStar.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-9-2022 03:31 PM
selama ni ko mmmg xpenah tolong apa2 la kan achey. kantoi
Quote krustykrab 3-9-2022 03:45 PM
Nmpk sgt mmg pemalas sblm bini ko masuk spital kan
Quote cikatilia 3-9-2022 07:54 PM
Selama hidup berpuluh tahun mengangkang aje kejenya???
Quote nolya 4-9-2022 11:04 AM
Sabarlah Achey.  Tak dipecahkan ruyung takakan dpt sagunya.  Anggaplah ianya satu pengorbanan dn usaha yg harus ditempuhi, semoga Allah akan membalasnya dgn keberhasilan. Segala kebaikan Achey berkhidmat menjaga alm ibunya tempoh hari, semoga itu juga Allah jadikan pertimbanganNya melimpahi rezeki kpd Achey dn keluarga.

Kalau selama ini Achey tak faham dgn kerja seorang surirumah, maka pengalaman skr ini dpt dijadikan satu pembelajaran yg bererti. Pun begitu kemudahan yg ada skr tetap membantu sebab kain baju boleh dilaundri, makan-minum dah ada grab food. Hanya yg perlu ialah time-management. Apapun, semoga tuah dn rezeki diberi Allah jua. Selamat.
Quote anony-mous 4-9-2022 01:40 PM
Kejap i lost. Pasangan ni pernah ada ank ke belum ada ank? Kalau belum ada ank, keje rumah apa je ko kena buat? Setakat cuci pinggan, habis2 cuci baju xkn ko xpernah tlg???
Quote ezacbee 4-9-2022 01:53 PM
Oo ni jenis suami maharaja di rumah.

Serba serbi bini sediakan 24/7. Untunglah.
Quote cikperiukkera 4-9-2022 03:16 PM
Hantu gigi ni mmg x pnh tlg bini buat apa2 kerja ke selama dorg berkahwin ni?
Quote pocongkiutss 4-9-2022 04:24 PM
anony-mous replied at 4-9-2022 01:40 PM
Kejap i lost. Pasangan ni pernah ada ank ke belum ada ank? Kalau belum ada ank, keje rumah apa je ko ...

Ada anak angkat amik dari baby
Quote addamnor 5-9-2022 04:02 AM
Edited by addamnor at 5-9-2022 04:04 AM

Apa yang susahnya pun tak tahu lah buat kerja rumah itu. Dasar bini manjakan kot thats why bila kena buat kerja rumah sikit jadi payah. Basuh baju pakai machine, sapu rumah guna vacuum. Masak nasi pakai rice cooker. Lauk kalau tak reti kau bungkus kedai siam je lah dek. Gosok baju guna seterika letrik bukan nya seterika arang. Tak pernah buat sendiri kah semua itu? So celah kelangkang mana yang payahnya?
Quote epullipan 5-9-2022 09:15 AM
selama ni ko bio je bini ko buat keja..klaka statement ko ni..takyah acah2 mithali
Quote 311gurl 5-9-2022 09:26 AM
siannya wife… ni dh ade baby, sure jaga ank pun bini je buat..dasar laki umah meleis
Quote Supersirap 5-9-2022 10:00 AM
Come on lah, selama ni tidak pernah buat kerja mengemas, membasuh, jaga anak-anak dan sebagainya di rumah?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.585553 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top