CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Tengok Perangai B40 Di Kedai Dobi! Makcik Dikutuk Sumbat Pakaian Banyak-Banyak Dalam Mesin

3-9-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10510| Komen: 173

Menerusi hantaran di Facebook yang dikongsi seorang lelaki, kelihatan seorang wanita dikelilingi beg dan bakul yang sarat berisi pakaian kotor sedang memasukkan baju di dalam sebuah mesin basuh untuk cucian 10 kilogram (kg) ke bawah.


Menurut lelaki itu, dia berasa kurang senang dengan sikap sesetengah pengguna, termasuklah makcik dalam posting yang dikongsinya kerana tidak mengikut arahan dan peraturan ditetapkan di kedai dobi yang akhirnya akan merosakkan mesin yang ada dan menyusahkan pengguna lain.


Foto: mStar

“Ni antara perangai yang saya perasan bila mentaliti B40 dekat dobi layan diri. Kadang-kadang menyirap tengok.


“Washer (mesin basuh) 10kg ke 14kg kau sumbat sampai tak ada ruang untuk masuk air dah aku tengok. Punca mesin washer rosak dan owner kena tanggung kos repair,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia turut berasa panas hati dengan cara golongan ini yang suka mengumpul pakaian kotor sehingga kuantiti menjadi banyak.

Malah, sikap pentingkan diri tidak membenarkan orang lain menggunakan mesin yang kononnya telah ‘ditempah’ ini menyukarkan proses pengguna lain untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan itu.


Foto: mStar

“Ada spesis bawa berbakul baju nak cuci macam sebulan tak pernah basuh.

“Lepas tu cop washer macam cop parking kereta dekat (perumahan) flat. Bila orang lain nak guna siap sound, Eh tu saya punya. Kepala b*n*.

“Dalam gambar tu memang makcik ni datang satu kapal sumbat baju penuh dalam washer 10kg. Bajet nak jimat.

“Sorrylah makcik, nasib tak nampak muka saja. Terpaksa ambil gambar sebab sikap makcik memang tak ada adab,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, lelaki ini turut berkongsi mengenai individu yang membawa ahli keluarga ke dobi yang ruangannya terhad, sedangkan urusan tersebut boleh dilakukan seorang diri sahaja.

Malah, dia turut mempertikaikan tentang mesin basuh yang sudah tersedia dengan agen pencuci tetapi golongan B40 didakwa masih meletakkan sabun tambahan.


Foto: mStar

Posting yang dibuat menerusi grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini itu turut mencetuskan perdebatan apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pengguna itu.

“Pernah kena sound dengan ‘crazy lady’ sebab keluarkan baju dia letak dalam bakul. Dah dia lambat sangat nak keluarkan dari mesin. Jadi dia pergi basuh balik. Dia yang patut beli mesin sebab tak nak share dengan orang. Tunggulah depan mesin. Dekat Penang on the way to Batu Feringgi, haish semua orang dia sound.

“Dekat rumah tak ada mesin basuh ke. Kalau rosak jenuh nak berdobi. Aku pernah juga pergi dobi layan diri tapi ada pekerja. Bayar sajalah dekat dia dari duduk nganga dekat situ dengan anak bagai. Ganggu orang.

“Dah tulis siap-siap Dilarang guna sabun debu tapi dengan selambanya sumbat sabun debu. Last-last tempat sabun tersumbat. Dekat meja dah tulis ‘Untuk lipat baju sahaja’ mereka anak beranak sibuk duduk makan dekat meja tu. Siap tumpah-tumpah lagi. Lepas makan plastik pula tinggal bodo (terbiar) saja atas meja tu.

“Malas-malas T20 (Top 20 percent) M40 (Middle 40 percent) pun basuh dekat rumah juga. Belanjakan duit sikit untuk beli mesin besar atau pengering dekat rumah. Tapi B40 sanggup habis duit beratus-ratus bulanan semata-mata cuci baju dekat dobi walhal duit tu boleh simpan beli dryer dekat rumah,” bahas netizen, memberikan pandangan dan pendapat mereka di ruangan komen.

Tegas lelaki ini, dia antara individu yang terpaksa ke dobi untuk mencuci pakaian kerana ‘travel’, justeru tidak perlu mempersoalkan mengenai mesin basuh miliknya sendiri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 3-9-2022 12:40 PM
Baju byk ni ada sesetengahnya seller yg juai baju bundle
Quote Samerosie 3-9-2022 12:44 PM
Sumbat2 lebih muatan ni pun baju2 dibasuh end up tak bersih sebab tak boleh optimise the washing cycle.
Quote anony-mous 3-9-2022 12:45 PM
Bodoh apa la penulisan tu?? B40 x cuci baju dkt dobi la ngok. Org b40 anggap cuci dkt dobi ni membazir
Quote Samerosie 3-9-2022 12:48 PM
anony-mous replied at 3-9-2022 12:45 PM
Bodoh apa la penulisan tu?? B40 x cuci baju dkt dobi la ngok. Org b40 anggap cuci dkt dobi ni membaz ...

Tapi kat area rumah i yg banyak guna self laundry ni dtf dr rumah flat memang berbakul2 i tengok mcm sebulan x basuh baju.  
Quote sharlenetexas 3-9-2022 12:49 PM
Chop dulu. Org lain xleh guna


Quote jazaa100 3-9-2022 12:51 PM
anony-mous replied at 3-9-2022 12:45 PM
Bodoh apa la penulisan tu?? B40 x cuci baju dkt dobi la ngok. Org b40 anggap cuci dkt dobi ni membaz ...

Janji dpt kutuk b40.....rasa diri tu level tertinggi, pdhal dia pun hadap duit br1m
Quote sharlenetexas 3-9-2022 12:51 PM
Simpan beli dryer kat rumah? Melambung2 bil letrik.

Org guna dryer masa musim hujan. Masa tu lah berbondong2 bawak bakul kain lepas spin ke kedai dobi layan diri.


Quote shernazz 3-9-2022 01:04 PM
Ada je yang gini..
Nak jimat punya pasal
Hari tu masa iols lepas balik dari coti2
Terus gi basuh baju..kebetulan plak hjjan sokmo kan masa tu..
Balik2 sedap je kain rangup2 lipat
Quote renko 3-9-2022 01:10 PM
ni mentaliti beruk kedekut
selagi boleh sumbat
kasik sumbat
Quote MissVixen 3-9-2022 01:14 PM
Kalau isi penuh sangat tak bersih. Mampat sangat. Pakai je la mesin 14 kg tu dua kalau dah banyak sangat baju. Berapa rm je.
Quote Cokoro 3-9-2022 01:20 PM
Rasanya ni perangai universal tak kisah b40 ke t20 ke. Kalau dh prngai huduh tu.
Quote iraizz 3-9-2022 01:24 PM
jazaa100 replied at 3-9-2022 12:51 PM
Janji dpt kutuk b40.....rasa diri tu level tertinggi, pdhal dia pun hadap duit br1m


Ntah la, kenapa nak level2 kan orang, pelik la sekarang ni... M40 ygsipi2 nak jadi ke arah golongan b40 sebenarnya banyak tak sedar diri.. Orang miskin selagi boleh jimat memang jimat, mana nak makan, mana nak belanja sekolah, baik cuci baju sendirik, lagipun orang miskin tak banyak baju macam
Quote gekkou 3-9-2022 01:28 PM
semua yang berlaku di malaysia salah b40
-netizen-
Quote batmana 3-9-2022 01:34 PM
Smpt pulak dia tgk income makcik tu
Quote glump 3-9-2022 01:41 PM
Pi dobi layan diri Hari isnin ..penuh katerer pi sumbat alas meja,apa2lah  mesin .Tak kiralah bangsa apa.
Kalau cuti sekolah,mak2 balik yg travel sumbat semua dlm mesin .penuh ke Tak ikut tahap iQ penguna.kalau nak cepat pi layan diri kalau Tak kisah anto kedai dobi biasa.
Orang macam aku malas nak berangkut tunggu kan dobi layan diri selalu gaduh ngan mesin token tu so aku anto kedai dobi. Jimat Masa aku .
Quote Acikgomen 3-9-2022 01:49 PM
shernazz replied at 3-9-2022 01:04 PM
Ada je yang gini..
Nak jimat punya pasal
Hari tu masa iols lepas balik dari coti2

Acik suka lipat terus baju yg panas2 tu
Tak bekedut dan rasa mcm lebih mudah lipat bila pakaian panas
Quote ekod79 3-9-2022 02:01 PM
yg buat catatan ni low mentality. Ingat ada buat teguran kt makcik tu. Content luahan perasaan sahaja rupenye. Jiwa kecik i might say.
Quote shernazz 3-9-2022 02:18 PM
Acikgomen replied at 3-9-2022 01:49 PM
Acik suka lipat terus baju yg panas2 tu
Tak bekedut dan rasa mcm lebih mudah lipat bila pakaian pa ...

Kan..rangup2 boleh nampak lipatan cantik
Quote belilies 3-9-2022 02:29 PM
#2 tu bukan takat b40 je yg buat, m40 guna kete wish pun ada. Dahlah bini suri rumah, bini buat apa kat rumah sampai berkumpul 5 bakul pakaian? Tak beli washing machine ke? Atleast gunalah 1-2 machine kat laundry tu. Yg iols kene haritu sampai 5 mesin dia sumbat.

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041627 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top