Menantu kepada David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Nicola Peltz-Beckham dilaporkan menangis ketika majlis resepsi perkahwinannya sebelum ini.
Nicola didakwa menangis kerana tersinggung dengan ucapan disampaikan oleh penyanyi Marc Anthony yang memuji betapa hebatnya Victoria sebagai selebriti berjaya dan bukannya memberikan kata-kata tahniah kepadanya dan suami, Brooklyn Beckham. Daily Mail melaporkan Nicola seorang yang gemarkan perhatian, namun tidak menyangka ibu mentuanya yang mendapat 'spotlight' pada hari bahagianya. Tidak hanya itu, Nicola turut dikatakan kecewa apabila Victoria 'mencuri' lagu tarian pertamanya bersama Brooklyn apabila bekas anggota kumpulan Spice Girls itu tampil menari bersama anak lelakinya ketika lagu itu berkumandang.
Sebelum ini pernah timbul khabar angin hubungan Nicola Peltz dan Victoria Beckham tidak baik kerana ada dakwaan mengatakan Nicola enggan memakai busana pilihan Victoria di hari perkahwinannya. Namun pelakon itu menjelaskan terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis yang diadakan pada 9 April lalu. Sumber: mStar
|
kucingitam replied at 3-9-2022 11:51 AM
mula dah drama menantu-mertua version british... mohon buat confession kat page KRT..
innocent_me replied at 6-9-2022 01:30 PM
mak mertua kau victoria spice girls kut...haruslah dia yg dpt limelight. SG ni lg popular dari black ...
ADVERTISEMENT