CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alternatif Hukuman Sebat Perlu Setimpal, Menginsafkan

3-9-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 476| Komen: 0

Kerajaan perlu mengkaji hukuman alternatif yang setimpal dengan perbuatan pesalah yang dikenakan hukuman sebat bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka.


Mohd Nuri Selajudin berpandangan, hukuman alternatif seharusnya memberi lebih kegerunan kepada masyarakat sekali gus mampu membendung berlakunya kes jenayah.



“Saya berharap kerajaan membuat kajian dan melihat sebaiknya hukuman yang sesuai sebelum (sebatan) dimansuhkan. Jika hendak diganti, pastikan hukuman itu setimpal dengan perbuatan dan kesalahan pesalah, tidak kira apa jenis kesalahan yang dilakukan.

“Hukuman sebatan pada pandangan saya sangat perit kerana boleh mengoyakkan daging pada tempat disebat dan merupakan hukuman yang sememangnya menginsafkan mana-mana banduan yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan merogol, dadah dan sebagainya,” katanya pada program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk Mansuh Hukuman Sebat, Penjenayah Hela Nafas Lega yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.


Turut diundang menjadi panelis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Dr Noor Aishah Rosli dan rakan pengurusan Tetuan Fahri, Azzat & Co, Fahri Azzat.



Dalam pada itu Mohd Nuri mengakui, hukuman empat kali sebatan yang dikenakan terhadapnya pada 2017 atas kesalahan yang dilakukan telah meninggalkan kesan fizikal sekali gus menginsafkan.

“Hukuman sebatan boleh menginsafkan. Sebelum disebat, perasaan gementar itu sudah wujud kerana tahu sangat sakit. Saya hanya boleh berdoa supaya hukuman itu cepat habis sebab tak sanggup nak tunggu untuk jalani hukuman itu lagi.

“Jadi kalau betul pemansuhan sebatan itu akan digantikan dengan hukuman alternatif lain, diharap ia sesuai dan mampu mendatangkan keinsafan terhadap pesalah.

“Tetapi kalau pemansuhan ini tidak mendatangkan insaf kepada banduan atau pesalah, kena fokus, teliti dan kaji semula undang-undang itu,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.024334 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top