CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Taasub Seks Buat Madonna Kuat Harungi Cabaran Dalam Hidup

3-9-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1917| Komen: 6

Madonna mengakui taasub dengan hubungan seks meskipun usianya sudah mencecah 64 tahun.

Jelasnya, seks adalah punca yang membuatkan dia mampu bertahan mengharungi pelbagai perkara dalam hidupnya.


"Hubungan seks adalah kegemaran saya sekarang. Banyak perkara yang telah saya lakukan dalam hal itu," katanya.


IG Madonna

Madonna membuat kenyataan berani itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Lebih mengejutkan lagi, penyanyi berkenaan turut mendedahkan menyesal telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.


Penyanyi lagu Vogue itu menyifatkan perkahwinannya sebelum ini seperti penjara dan dia tidak dapat menjadi dirinya sendiri.

"Saya berkahwin dua kali tetapi ada masanya saya rasa seperti berada di penjara, saya tidak dibenarkan untuk menjadi diri sendiri," jelasnya.


IG Madonna

Untuk rekod, Madonna pernah berkahwin dengan aktor Sean Penn pada 1985 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Penyanyi veteran itu kemudiannya berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie pada 2000 dan bercerai pada 2008.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 3-9-2022 12:17 PM
stinger confirm suka acik madonna siap tampal dekat toilet
Quote CariMalay 3-9-2022 12:33 PM
64 dah umur dia, tapi nampak muda betul, macam 20 an je
Quote primarikey 3-9-2022 09:03 PM
Camane la rupa dia klu x make up
Quote anony-mous 4-9-2022 05:13 AM
CariMalay replied at 3-9-2022 12:33 PM
64 dah umur dia, tapi nampak muda betul, macam 20 an je

Tu dah mekap tebal n photoshop. Sblm tu pernah viral muka dia x mekap. Scary jugak.
Quote CariMalay 4-9-2022 10:00 AM
anony-mous replied at 4-9-2022 05:13 AM
Tu dah mekap tebal n photoshop. Sblm tu pernah viral muka dia x mekap. Scary jugak.

Baru tengok kat google tadi gambar dia tanpa mekap. Tapi tak la sampai ke tahap scary, sekadar nampak biasa dan takde aura langsung.
Quote lasagna 7-9-2022 09:10 AM
kipas susah mati iols juga masa kecik2 acik madonna ni smp lah skrg.. lagu2 dia letops chuolsss. nasib lahh dia tak prnh buat concert kt Msia, kalau tak tic vvip iols beli aahgitewww..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.130006 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top