Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan sebanyak RM700,000 kerugian direkodkan bagi pokok hiasan yang rosak ketika perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 pada Rabu.
Datuk Bandarnya, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia disebabkan jumlah pengunjung yang luar biasa hadir untuk menyaksikan perarakan tersebut di ibu kota. Beliau berkata, selain kerosakan pokok hiasan, terdapat banyak sampah seperti botol minuman di tepi jalan dan kawasan landskap ditinggalkan oleh pengunjung yang hadir pada hari tersebut.
"Kita sedang mencari jalan untuk menguruskan perkara ini, ia merupakan cabaran yang perlu kita tangani. "Perkara ini menjadi pengajaran kepada DBKL dan mesyuarat 'post mortem' (bedah siasat) akan diadakan pada minggu hadapan untuk membincangkan dari segi persiapan, pengendalian untuk membantu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) menguruskan Hari Kemerdekaan Malaysia. "Dari situ kita akan keluarkan (pelan) tindakan dan penyelesaian jika kita mengadakan acara lain di Dataran Merdeka pada masa akan datang," katanya ketika selepas Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022 di Mandarin Oriental Hotel di sini pada Jumaat. Pada Rabu, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 yang disambut meriah di Dataran Merdeka 'ternoda' apabila landskap malar hijau yang diuruskan DBKL musnah akibat dipijak. Sumber: Sinar Harian
|
CiliPadiSedap replied at 3-9-2022 12:18 PM
pokok tu harga sampai rm 700 ribu? biar betul?
shernazz replied at 3-9-2022 12:24 PM
Iols.taknak.komen pokok.tu..
Mmg.sayang
Nnoor2 replied at 3-9-2022 12:42 PM
Nama shrub tu thaumatococcus daniellii...dah tinggi mcm agak mahal juga...
Lagi satu tu pokok pan ...
shernazz replied at 3-9-2022 12:50 PM
Tq kaka kerana respon..
Ooo mahal juga ya
Mmg tak mustahil la kerugian cspai rm700k?
Nnoor2 replied at 3-9-2022 12:55 PM
Kerugian sampai 700k tu mcm x logik....kak tgk sebelum ni ada juga pokok pandanus pygmeaus..
Kala ...
shernazz replied at 3-9-2022 12:57 PM
Hahaha
Maybe setengah dah tolak utk simpanan kronis2..
Setengah aje guna utk semua tu..
ADVERTISEMENT