Pendakwah selebriti Ustaz Akhil Hayy bersetuju dengan pandangan PU Syed membantah penganjuran konsert melibatkan artis luar negara.
Kata Akhil atau Akhil Abdul Hayy, 53, hukum yang ditetapkan Allah SWT bukannya untuk merosakkan, tetapi untuk kebaikan umat Islam. “Jangan ingat cuma ada hukum soal tutup aurat, tidak minum arak, jangan ambil dadah. “Bukan Allah nak menyusahkan kita tetapi Allah nak beri peringatan kepada kita supaya kita tidak merosak.
“Saya tidak ingin meletakkan satu justifikasi kepada isu ini, tapi paling penting justifikasi Allah itu lebih tepat,” katanya kepada mStar. Dalam perkembangan lain, Ustaz Akhil Hayy bersama rakan artis nasyid antaranya NadaMurni (Rabbani & Hijjaz), Nazrey Johani dan Shahir Zawawi akan beraksi di Konsert Nasyid Lagenda pada 29 Oktober 2022. Sumber: mStar
|
mamastoney replied at 2-9-2022 08:54 PM
Amboi ko akhiyy, ckp psl halal harommmm yek, teringat plak time ko berskandal dgn si wassini tu dulu ...
mamastoney replied at 2-9-2022 08:54 PM
Amboi ko akhiyy, ckp psl halal harommmm yek, teringat plak time ko berskandal dgn si wassini tu dulu ...
ADVERTISEMENT