CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Teruja Bawa Anak, Anak Saudara Sertai Perarakan

2-9-2022 08:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 811| Komen: 0

Pelawak Achey, 36, teruja dapat membawa anaknya, Nur Tiara Zinnirah atau Tiara serta anak-anak saudaranya menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Segamat, Johor, baru-baru ini.


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, tujuannya tidak lain untuk menerapkan sejak awal semangat kemerdekaan dalam generasi muda termasuk anaknya agar lebih menghargai peristiwa itu.


IG Achey

"Saya terkenang bagaimana arwah bapa pernah bawa saya ikut perarakan waktu kecil dulu. Justeru, saya mengambil pendekatan sama membawa Tiara dan anak saudara kali ini demi merasa kemeriahan itu.

"Sebenarnya tak payah terap pun, anak-anak kecil boleh melihat sendiri bahawa sambutan itu cukup penting. Mungkin mereka belum tahu maksud kibar-kibar bendera, askar banyak, orang ramai-ramai, tapi cukup dapat merasanya.

"Saya sangat bersyukur sebenarnya sambutan itu kembali diadakan secara meriah sebaik memasuki fasa endemik. Kemeriahan itu jelas lebih terasa selepas lama tidak diadakan sebegitu besar," katanya.

Achey berkongsi peluang menyertai perarakan itu diberikan Majlis Daerah Segamat kepada persatuan kenderaan pacuan empat roda disertainya, Brother Tuckers.

"Persatuan itu diberi tiket untuk berarak pada sambutan kali ini disebabkan jasa yang pernah disalurkan kepada masyarakat di Segamat. Sebelum ini, Brother Tuckers memberi bantuan sewaktu banjir melanda di sana.

"Kesempatan ini bagi saya cukup bermakna dan ingin kongsikan kepada generasi baharu terutama anak saya. Mereka pun sangat teruja apabila melihat betapa luar biasa dan meriah kehadiran orang ramai," katanya.



Menurut Achey, dia berharap generasi muda khasnya akan lebih menghargai makna sambutan itu setiap tahun.

"Amat penting untuk mendidik mereka terus berbangga dengan kemerdekaan dikecapi kita sekarang. Ini berikutan sambutan itu jugalah mengingatkan betapa bersatunya kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.024372 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top