CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pengawal Peribadi Pemangku PM Thailand Mengah Diarah Joging Kejar Buggy

2-9-2022 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1023| Komen: 1

Dua pengawal peribadi diarah pemangku Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan untuk joging sambil mengikuti ‘buggy’ dinaikinya dalam panas terik ketika melakukan kunjungan ke wilayah Chachoengsao.



YouTube

Media tempatan melaporkan, seorang daripada pengawal peribadinya ‘tidak mampu’ meneruskan joging tersebut kerana keletihan.

Ketika kejadian, Prawit melawat pusat rawatan air di daerah Mueang dan untuk tiba di kolam takungan berkenaan, beliau perlu menaiki buggy sejauh dua kilometer.


Thaiger


Biarpun terdapat enam buggy disediakan, ia tidak mampu memuatkan dua lagi pengawal peribadinya, menyebabkan Prawit mengarahkan mereka supaya joging mengikuti buggy.

Hanya seorang daripada pengawal peribadinya mampu berlari sehingga ke destinasi yang ditujui mereka.

Aksi kedua-dua pengawal peribadi itu berlari mengikuti buggy yang dinaiki Prawit menjadi tular dalam media sosial dengan ada yang mengkritik dan ada yang menyokong.



“Jika mahu jadi pengawal peribadi orang kenamaan, anda perlulah cergas dan tahan lasak,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pula berpendapat, tindakan itu ‘dihalalkan’ hanya kerana pemangku perdana menteri yang mengarahkannya, tanpa memikirkan soal belas ihsan.

“Walau apa pun pangkat anda, sila layan pekerja anda dengan perikemanusiaan,” tulisnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-9-2022 09:17 PM
Tak buka facemask ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.112212 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top