CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuh Bersiri Mati Akibat 'Sindrom Patah Hati' Ditinggal Isteri

2-9-2022 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1676| Komen: 10

Seorang wanita di Ukraine sanggup mengahwini pembunuh bersiri dianggap paling kejam di dunia kerana yakin lelaki itu tidak bersalah atas tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.


Elena Bulkina mengahwini pembunuh bersiri, Sergey Tkach ketika baru berusia 23 tahun dan suaminya di pertengahan 60-an.


Pasangan ini berkahwin pada 2015 semasa Bulkina berumur 23 tahun dan Tkach pula 40 tahun lebih tua. - Publicity Picture

Tkach dipercayai membunuh lebih 100 wanita antara 1984 hingga 2005, menggunakan kuasanya sebagai pegawai polis untuk menutup jenayah mengerikan di mana dia akan merogol dan melemaskan mangsa sebelum mendera mayat mereka secara seksual.


Bulkina mendedahkan dia tidak mengambil berat tentang jenayah suaminya kerana dia jatuh cinta dengan suaminya semasa di dalam penjara.

Mereka berkahwin pada 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Elizaveta yang dilahirkan pada 2016.

“Saya tidak takut dengan sabitannya. Wanita yang baik takut kepadanya. Jika itu berlaku, bermakna semakin kurang persaingan untuk saya,” kata Bulkina dalam penggambaran dokumentari untuk laman penstriman Netflix.

Bagaimanapun, kisah cinta ini terhenti apabila Bulkina secara tiba-tiba berhenti melawat Tkach di penjara dan menghilangkan diri.

Lelaki itu mati pada 2018 disebabkan sindrom ‘patah hati’, dipercayai kerana kecewa ditinggalkan Bulkina. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 2-9-2022 09:35 PM
lagu tema pokcik tu "Patah Seribu" by Shilalat
Quote susukambingbest 2-9-2022 09:55 PM
Aduh ada potensi ke anak dia jd mcm lee seung gi dlm drama mouse tu?
Quote becir 2-9-2022 10:10 PM
Huk aloh..dalam cold cold heart pakcik ni ada gak taman
Quote dani-rox 3-9-2022 12:27 AM
habis madu, sepah dibuang
Quote KIM.K 3-9-2022 12:40 AM
Ukraine = mail bride
Quote Carcosa 3-9-2022 01:28 AM
Desparado, dedededededede Desparado
(sila nyanyi ala2 lagu Despasito)
Quote Potpouri 3-9-2022 01:51 AM
Kawin waktu dalam penjara? so jumpa sekejap2 jelah kan?

Sebab tu mungkin tak jadi mangsa seterunya. Pandai2 je reporter ni kata patah hati.
Quote anony-mous 3-9-2022 01:52 AM
susukambingbest replied at 2-9-2022 09:55 PM
Aduh ada potensi ke anak dia jd mcm lee seung gi dlm drama mouse tu?

Kemungkinan besar. If saiko mcm ni, mental boleh turun ke ank2
Quote Supersirap 3-9-2022 10:35 AM
Sudah ajalnya begitu
Quote supernaturalee 3-9-2022 11:42 AM
Patah lah hati....
Membawa derita


It's not just a song
It's damn real
Even if the person not a malay

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047270 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top