CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuduhan Rasuah: Bung Moktar, Zizie Izette Diarah Bela Diri

2-9-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6757| Komen: 68

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap tuduhan rasuah RM2.8 juta.


Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap pasangan terbabit.

Rozina dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan hasil penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.


Foto: Kosmo

Bung Moktar didakwa menerima rasuah daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.


Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili, di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala peguam M Athimulan mewakili kedua-dua tertuduh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 2-9-2022 04:19 PM
GUDLAKKKKK!! blh le sebumbung ngan kengkawannn
Quote Baladna804 2-9-2022 04:22 PM
Ni baru la dipanggil Jiran tetangga sepakat  membawa berkat…silap… bawa bencana
Quote babelina 2-9-2022 04:25 PM
Nauzubillah.. x pasal2 ke dalam nanti.. scary bila tgk najib n rosmah pn dh didpati bersalah.. yg korg2 nie leh lari ke x dari tuduhan tu..
Quote Dalcott 2-9-2022 04:34 PM
dia amik dr ellie public mutual ke. skrg ni public mutual ke yg saman. ellie dah pegi kenanga kan
Quote anony-mous 2-9-2022 04:46 PM
Xphm. So ni sama dgn keputusan jib mah masa 2018 ke? Maksudnya didapati bersalah tp masih ada peluang bela diri? I dah excited nk tgk geng2 mahkamah ke dalam
Quote asamfish 2-9-2022 04:48 PM
semoga laki bini sangkut...
Quote mysweetisha 2-9-2022 06:25 PM
Jgn org BN je sumbat ke jel, mcm parti lain tu bebas rasuah
Quote kucing_gebu 2-9-2022 06:37 PM
Semoga laki bini lepas ke dlm. Time2 rakyat ramai yg terjejas depa kemain lg bermewah2
Quote bunnyj3lly 2-9-2022 06:43 PM
anony-mous replied at 2-9-2022 04:46 PM
Xphm. So ni sama dgn keputusan jib mah masa 2018 ke? Maksudnya didapati bersalah tp masih ada peluan ...

Belum didapati bersalah. Prima facie means pihak pendakwaraya berjaya buktikan ada case for the court untuk adili.

Sebab tu mereka berdua kena bela diri. Pasang loyarrr.. risau gak kalau depa semua sebumbung. Hahaha. Kang dia berkomplot Prison Break pulak
Quote AnnaSendin 2-9-2022 06:48 PM
Perghhh.. Tatau lah nak cakap spesis tamak haloba. Dah kayo kayangan langit ketujuh pon nak menyonglap sana sini tanpa rasa bersalah. Kalau ZE kawen dengan Casing dolu mesti sheols tak hadap benda2 macam nieyh.
Quote anony-mous 2-9-2022 06:49 PM
bunnyj3lly replied at 2-9-2022 06:43 PM
Belum didapati bersalah. Prima facie means pihak pendakwaraya berjaya buktikan ada case for the co ...

Oo alamak i nk both ke dalam. Risau pulak menang bila bela diri nanti
Quote bunnyj3lly 2-9-2022 06:54 PM
Edited by bunnyj3lly at 2-9-2022 06:55 PM
anony-mous replied at 2-9-2022 06:49 PM
Oo alamak i nk both ke dalam. Risau pulak menang bila bela diri nanti


Memang mcm tu prosedur kehakiman kita. Masuk bela diri, tapi masa Najib terer sikit guna taktik delay. Lawyers bertukar banyak kali, last-last buat drama sedih tak boleh bela diri katanya. Takpaham sungguh.

Sebab tu trial ni memang trial. Kalau pihak pendakwaraya tak betul2, memang boleh je kalah atas sebab teknikal. That's why kes yang tricky macam 1MDB tu, ambil masa untuk bawa ke pendakwaan walaupun macam-macam cerita dh keluar. Silap langkah.. penjenayah boleh terlepas..

Gituuu iols bercerita macam pakar
Quote fortiori13 2-9-2022 08:13 PM
Edited by fortiori13 at 2-9-2022 12:14 PM
bunnyj3lly:  Edited by bunnyj3lly at 2-9-2 ...

Bung & jijie pun dah nampak bunga2 taktik delay dorang kaka. Tadi dlm news kata hakim nak fix date bicara utk defence case bulan sept ni, tp loyer  cakap bung hanya lapang bulan Dec nnt...

Marilah kita sama2 nantikan apa pulak drama dlm episod bung & jijie yinni....
Quote Purplehaz 2-9-2022 08:34 PM
Itu diaaaa...jerung semua ke dlm..baru betul.
Semoga dipermudahkan segala urusan Hakim dan pihak pendakwa.
Quote Lagubestbest 2-9-2022 08:57 PM
Edited by Lagubestbest at 2-9-2022 09:02 PM
bunnyj3lly replied at 2-9-2022 06:43 PM
Belum didapati bersalah. Prima facie means pihak pendakwaraya berjaya buktikan ada case for the co ...

kalau dah ramai vvip tup2 penjara kajang upgrade macam sweden. tiber keluar isu hak asasi untuk banduan. bila bangunan dah lawa tak ralat la nak letak kedai jual macchiato kat lobi.







Quote QueenIsolde 2-9-2022 09:40 PM
Iols agak skeptikal, adakah ini cubaan fossil tua utk angkat boboi dlm parti umngok slps sumbat pemakan2 rasuah ni
Quote kuchenta_81 2-9-2022 09:45 PM
Tengok kat IG Zizie, anak2 dah pandai tanya mummy win or not? Dia jawab pun mcm sebak sebab anak2 menangis, sedih juga anak2 tu tak tahu apa pun.
Quote bungarose 2-9-2022 09:49 PM
kuchenta_81 replied at 2-9-2022 09:45 PM
Tengok kat IG Zizie, anak2 dah pandai tanya mummy win or not? Dia jawab pun mcm sebak sebab anak2 me ...

Samer macam taktik yana biler bossku ke jail.......gunerkan cucu untuk raih simpati
Quote Acikgomen 2-9-2022 09:54 PM
kuchenta_81 replied at 2-9-2022 09:45 PM
Tengok kat IG Zizie, anak2 dah pandai tanya mummy win or not? Dia jawab pun mcm sebak sebab anak2 me ...

Tahik la sebak kununnnnnn

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048300 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top