CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komisen Tak Dapat, Duit Eksekutif Akaun RM64,974.75 Lesap!

2-9-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1030| Komen: 5

PONTIAN – Seorang eksekutif akaun terpedaya dengan janji manis tawaran pekerjaan sambilan yang tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM64,975.75.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 28 tahun telah menerima satu pesanan ringkas pada 20 Ogos lalu dari seorang perempuan Melayu.

Katanya, dalam urusan pekerjaan tersebut, mangsa telah dijanjikan akan menerima semula wang modal yang dikeluarkan berserta dengan komisyen sebanyak RM 50 hingga RM 500 sehari.


Gambar Hiasan

Menurut beliau, pada awalnya, mangsa telah menerima kira-kira RM1,000 dari suspek setelah melengkapkan tugasan pertama dan kedua sehingga wanita tersebut tertarik dengan keuntungan itu.


“Untuk menjawab soalan seterusnya, mangsa diminta membuat pindahan wang ke akaun sindiket tersebut bermula pada 26 Ogos, sebanyak 35 kali pindahan dengan jumlah keseluruhan RM64,974.75 kepada beberapa akaun berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohammad Shofee nenambah, setelah pindahan dilakukan, tetapi wanita tersebut masih belum mendapat pulangan, diminta membuat pindahan RM15,000 bagi melengkapan urusan sebelum mendapat komisyen.

“Mangsa yang mengaku tidak mempunyai wang lagi telah merasa dirinya ditipu kerana bayaran komisyen yang dijanjikan tidak diterima walaupun telah membuat banyak pembayaran,” ujarnya.

Katanya, menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat satu laporan semalam di Balai Polis Pekan Nanas di sini.

Menurut beliau, kes akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga denda.

Sehubungan itu, Mohammd Shofee mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

“ Mondus Operandi ( MO ) sendikit seperti ini ialah menawarkan perkerjaan yang tidak wujud, menawarkan komisyen yang tinggi sehuingga RM500.00 sehari yang boleh dianggap tidak waras untuk diakui kebenaran,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 2-9-2022 10:55 PM
duduk dalam gua kah. inesen sgt kah
Quote musangbodoh 2-9-2022 11:34 PM
report anda telah dibakulsampahkan. sekian
Quote aechae 3-9-2022 12:28 AM
Umur 28 dh ada 60k tp rajin ye buat kerja sambilan lg… x ckup ke nk tmpung belanja harian? Smpai 35x transaction okeh
Msa 3x nk msuk 4x apa yg dia pikir? Masa kali ke 11 pn masih bersangka baik?
Quote anony-mous 3-9-2022 02:00 AM
Sah la org dlm bank bg info ke scammer. Pndai dia attack org berduit jah
Quote zuuu 3-9-2022 02:00 AM
Sehari komisen sampai rm 500???n yet tetap ada gak manusia yg percaya???x tahu nk cakap apa,xpasal hilang duit almost rm 65k

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.112874 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top