CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nasz Sally Menderita Sakit Saraf, Leher Tak Boleh Gerak

2-9-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2766| Komen: 19

Nasz Sally terpaksa menerima rawatan di unit kecemasan sebuah pusat perubatan di Kelana Jaya pada Rabu lalu akibat sakit saraf.

Menurut Nasz atau Nazurah Hanoom Hanafie, 35, dia sudah lama menghidap sakit saraf dan keadaan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan bahagian lehernya sukar digerakkan.

Foto: IG

"Saya masih belum okey. Sakit urat saraf ini dah lama, cuma kali ini ia menyerang sehingga tak boleh bergerak. Rasanya badan saya ni suruh berehat.

"Kelmarin (Rabu) separuh hari saya berada di unit kecemasan untuk masukkan ubat tahan sakit pada bahagian saraf.

"Ini hanya untuk sementara sahaja sebelum saya lakukan pemeriksaan lanjut," katanya kepada mStar.



Menurut Nasz dia masih belum mendapatkan pemeriksaan lanjut berkaitan penyakit dihadapinya itu memandangkan sekarang masih sibuk dengan jadual penggambaran.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya juga, Nasz memberitahu dia mendapatkan suntikan kedua kerana keadaan dirinya belum pulih sejak semalam.



"Hari ini (Khamis) saya masih belum okey. Saya perlu dapatkan suntikan kedua.

"Sekarang ini masih lagi sibuk dengan penggambaran, jadi selepas selesai semua barulah saya akan berjumpa doktor untuk rawatan lanjut," jelasnya.



Nasz sebelum ini memaklumkan dia terjaga pada pukul 4 pagi Rabu dan menyedari mula terasa sakit sehingga sukar menggerakkan badannya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamasha 2-9-2022 04:08 PM
moga kembali sembuh ..saya suka kalo dia berlakon
Quote KirazMevsimi 2-9-2022 04:19 PM
Allahuakbar. pedih nya. moga ALLAH sembuhkan, dipermudahkan segala urusan nasz
Quote miemiecha 2-9-2022 04:21 PM
kenai muka tapi x tau namaaa..
moga cepat sembuh naaa
Quote CariMalay 2-9-2022 04:37 PM
Dia ni tak cantik pun, buruk je, tapi entah macam mana boleh jadi pelakon
Quote kiah_mai_pulak 2-9-2022 04:39 PM
wuuuuu arrr yussss
Quote CariMalay 2-9-2022 04:41 PM
Dah la gemok, lepas tu pendek pulak tu, wakakakaka
Quote myvi132806 2-9-2022 04:54 PM
CariMalay replied at 2-9-2022 04:41 PM
Dah la gemok, lepas tu pendek pulak tu, wakakakaka

khakhakah.. pedih baca sis !
Quote msdummy.2018 2-9-2022 04:54 PM
Wow masih xbelajar dr benang kak dib sakit smpi meninggal...pas tuh bila org tuh xder, kemain gigil tgn delete komen
Quote inspektoremos21 2-9-2022 04:58 PM
Ingat kan anak sossisulawati
Quote Cpkay 3-9-2022 12:03 PM
suka  dia ni berlakon..mmg kenal muka tapi tak tau nama..
lakonan dia mmg natural je,
Quote che-cikL 3-9-2022 12:21 PM
Semoga dipermudahkan.

Suka gak kalau dia berlakon, tapi tak pernah tahu namanya.
Quote doubleA 3-9-2022 01:00 PM
Dia ni dgn suharil pernah berlakon produksi cina tapi best cite myofis tu. Apapun gws
Quote beatgirlX 3-9-2022 01:50 PM
Aku pun suka dia berlakon...bg la watak apa menjadikkk....
Moga cepat sembuh Nasz
Quote Lily_Elizabeth_ 3-9-2022 04:25 PM
Untuk kurangkan sakit ni. Kena selalu senam regangkan badan bagi urat tu tak simpol. Senam regang badan tu. Badan tunduk sentuh  jari jari kaki selama 10 saat. Buat 5 minit sekali sessy senaman. Sure akan kurang kan sakit saraf tu. Makan neurobion.
Quote Budakmomok 3-9-2022 04:52 PM
Semoga cepat sembuh
Quote tokchik 3-9-2022 05:32 PM
Dia ni berlaku kelakar best
Quote Nham22 3-9-2022 05:45 PM
Guys sape tau owner ayat
"saya ni berpelajaran tau.. Nampam saja cokia.. Cokia..." sape tahu guysss owner sebenar ayat ni... Ioss carik x jumpe sape
Quote shernazz 3-9-2022 05:47 PM
Baju elly tu iols.igtkan elly admitted hospital..
Quote Kancilkering 3-9-2022 06:08 PM
kesian dia…moga cepat sembuh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-8-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060359 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top