Tidak benar! Selepas beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi tampil menafikan dakwaan dia berhutang dengan sebuah syarikat rakaman.
Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata dia terpaksa mendedahkan cerita sebenar kerana bimbang isu ini menimbulkan fitnah. “Mana mungkin... tiada perbincangan, tiada hitam putih dan tiada perbincangan mulut pun dengan saya. “Tiba-tiba keluar (cerita) dan minta claim dengan saya harga yang mereka nak, tak bolehlah macam itu! “Dahulu saya hadap perkara ni sendirian saya mungkin malas ambil tahu, tapi disebabkan saya ada bakal keluarga mentua dan bakal isteri yang perlu saya jaga, jadi saya perlu mempertahankan diri sendiri,” katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT