CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Lailer Melekat Dalam Diri Riena Diana, "Saya Berubah Jadi Happy Go Lucky Dan Peramah"

2-9-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1440| Komen: 4

Watak Laila atau 'Lailer' yang pernah dilakonkan Riena Diana dalam drama Kampung People di TV3 diakui cukup meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya hingga kini. Menerusi karakter itu, Riena tidak lagi terus bersikap 'introvet'.


Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dengan watak Lailer itu juga membuatkan dia sedar ada sisi komedi dan lucu dalam dirinya. Malah yang pasti dia sekarang lebih terbuka dan selesa mengambil positif.

Foto: IG

"Sebelum mengenali karakter Lailer itu, saya orangnya agak 'introvet' dan tidak begitu ramah. Bukan seorang yang sombong, tapi saya amat berhati-hati dalam pergaulan kerana bimbang orang lain tidak selesa.


"Boleh dikatakan juga, saya kurang keyakinan diri. Namun selepas menjadi Lailer dalam Kampung People, ia banyak membawa tuah kepada saya. Bakat lakonan makin diterima baik dan saya jadi lebih 'happy' dan berani," katanya.


Riena yang pernah bergelar penyampai radio di Hot FM sebelum mengundur diri, memaklumkan juga perkembangan kariernya dalam industri hiburan dirasakan naik mendadak selepas menjayakan drama Kampung People itu.

Katanya, sampai sekarang dia masih dikenali ramai sebagai Lailer yang 'gila-gila'.


"Saya kini lebih ceria, 'happy go lucky' dan boleh buat kelakar juga. Bahkan di lokasi penggambaran, saya dah ramah dengan ramai orang berbanding dulu. Alhamdulillah, saya gembira dengan perubahan positif ini.

"Apa yang pasti, saya dapat rasakan lagi watak Lailer itu masih ada dalam diri saya sampai sekarang. Ia terus melekat dan sukar dipisahkan dengan saya. Tapi, saya suka kerana ia membawa banyak 'vibe' yang baik," katanya.


Riena yang muncul dengan drama baharu, Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle dan Sean Lee di slot Lestary TV3 berkata, dia juga teruja dengan karakter Dara itu kerana menjadi wanita bersikap kasar dan lasak. Tapi, katanya, Dara tetap memiliki hati wanita yang baik.

"Namun cabaran saya melakonkan watak Dara ini ialah saya perlu menjadi wanita yang suka bermain 'skateboard' atau papan selaju. Bagaimanapun, tak mudah bermain papan selaju kerana saya beberapa kali terjatuh dan cedera.

"Apa pun, ia pengalaman bermakna buat saya kerana menjadi pelakon tidak mudah. Mungkin ada orang melihat berlakon itu seronok, namun untuk menjayakan sesuatu babak itu tetap ada cabaran tersendiri.



"Malah menariknya lagi drama komedi ringan, Cinta Buat Dara ini kepada saya ialah pertama kali bekerja dengan pengarah bukan Melayu dan berbangsa Cina, Ng Ken Kin. Tak dinafikan, mulanya saya risau juga kalau tak dapat berikan terbaik dalam lakonan.

"Tapi, dia (Ng Ken Kin) ternyata pengarah yang bersikap terbuka, mudah berbincang dan memberi kebebasan untuk saya cuba mencorakkan watak Dara itu sendiri melalui pendapat dikongsikan. Ditambah dengan adanya Syafiq dan Sean, kami serasi bekerjasama," katanya.

Riena berkata, harapannya supaya penonton terhibur dengan naskhah Cinta Buat Dara itu yang mempunyai 20 episod. Diterbitkan OrangeTree Production Sdn Bhd, ia menemui penonton sejak 24 Ogos lalu, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 2-9-2022 04:02 PM
suka dia nie.. citer baru cinta utk dara tu best.. moga bertambah sukses ye..amin yra..
Quote bondeh 2-9-2022 05:17 PM
Suka dia comel tak gedik. Cerita dia jadi adik Belle haritu pun best. Semua adik beradik bengong. Tapi part kakak ipar dia je tak best sebab si Elai. Elai berlakon tak mekap tebal tak sah ahaks.
Quote azimodin 2-9-2022 06:54 PM
bondeh: Suka dia comel tak gedik. Ceri ...

Owh, citer yg cinta amnesia tu kan. Hampir semua watak tingtong, rasanya member perempuan dia je yg normal tapi naif. Terbahak2 tengok cerita tu sebab over giler masing2. Si zynakal (xreti nak eja nama dia) pon lawak
Quote SisLena 2-9-2022 07:01 PM
I love riena. X kontrol, lpas tu open je hal bercinta kt luar.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.040995 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top