CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Budak Tunjuk Jari Tengah Semasa Perarakan Merdeka Minta Maaf

2-9-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4769| Komen: 50

Kuala Lumpur: Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tular selepas tersilap menunjukkan isyarat 'mini love' ketika perarakan Hari Kebangsaan ke-65 di sini, kelmarin memohon maaf atas keterlanjuran anaknya menunjukkan isyarat jari tengah tanpa sengaja.


Lelaki itu membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.

Katanya, beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selaku bapa kepada kanak-kanak yang tersilap menunjukkan isyarat 'mini love' itu.


"Dia sebagai peminat bomba memang excited (teruja) sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pukul 5 pagi. Dari semalam (kelmarin) excited sangat dapat pakai baju bomba.


"Saya sebagai bapa tetap bangga akan keberaniannya turut serta walaupun bidan terjun," tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, beliau turut memohon jasa baik netizen supaya memadam video dimuat naik di laman sosial dan menghentikan kecaman dilemparkan terhadap anaknya.

"Saya memohon sepuluh jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.

"Mungkin dengan jasa baik sebesar ini Allah Taala memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak dimata. Amin Ya Rabb," tulisnya.

Sejak kelmarin, tular video kanak-kanak lelaki menunjukkan isyarat jari tengah dan bukan 'mini love' seperti yang sepatutnya ketika perarakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, di sini.


Loading FB Post...

Aksi kanak-kanak itu disedari anggota bomba berdiri di sebelahnya yang bertindak pantas menutup tangan dan menegurnya.

Pengunjung yang hadir turut menyedarinya malah sempat merakam video aksi berkenaan.

Rakaman video itu dimuat naik di pelbagai platform laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.

Lebih mencuit hati netizen adalah apabila melihat satu lagi rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu terbaring di atas bot JBPM dipercayai kerana kepenatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-9-2022 03:26 PM
mana dia 'berlajar semua tu'???
Quote renko 2-9-2022 03:28 PM
ada la tu yang mengajar
Quote sharlenetexas 2-9-2022 03:30 PM
Harap bukan mak bapaknya yg mengajar.


Quote che-cikL 2-9-2022 03:33 PM
Semuanya bermula di rumah. Tak kuasa iols nak empati.
Quote kechikchomel 2-9-2022 03:34 PM
abam bomba tu ke bapak dia?
Quote cmf_PariS 2-9-2022 03:41 PM
dia nk naik jari mini love laaa tp tersalah jari.. tk semu apandai buat mini  love t u.. budak kot.. takan la mak pak nk gitu depan anak...
Quote ekselen 2-9-2022 03:44 PM
serius aa netizen terhibur tgk bdk buat gaya fcuk kat dpn2 org ramai?..iols x rasa lawak sampai nk terhibur pun…lebih lg nk tau mana bdk tu belajar buat mcm tu…
Quote ibu_haritz 2-9-2022 03:46 PM
cmf_PariS replied at 2-9-2022 03:41 PM
dia nk naik jari mini love laaa tp tersalah jari.. tk semu apandai buat mini  love t u.. budak kot.. ...

kannnn..sbb lps abam bomba tu dh lps tgn pun budak tomei tu masih lagi nk usaha buat mini love..
kdg bdk2 ni tak tau pun angkat jari tgh tu utk sign ape...
Quote kessah 2-9-2022 03:48 PM
ala dah kata pon budak, apa lah yg dia faham hahaha
Quote kucingitam 2-9-2022 03:49 PM
tak perlu tuduh mak pak dia ajr anak dia gituh k..dlm youtube berlambak2 content tunjuk aksi gitu..gambar kucing ade, kartun ada, game ada..tak tertapis dah.. eh lupa..menteri pun ada tunjuk gitu..satu ketika dulu...
Quote bulalof 2-9-2022 03:51 PM
dia mesti pernah nampak isyarat jari tu sebelum ni......
Quote Redmyvi 2-9-2022 04:01 PM
budak2 mmg cmtu la.. kdg kita suruh buat peace jenuh pikir jari mana nk angkat.. ada peace tiga jari la.. 4 jari la.. tak sengaja tu..
Quote Suchi 2-9-2022 04:11 PM
Ada bideo part 2 budak tu akhirnya kepenatan dan tertidor hahhaa tp tangan masih pegang bendera.
Ngantuk ler kul 5 pg dh bangun dik yea..
Quote chandrahusin 2-9-2022 04:14 PM
Bdk tu tak tau apa pun
Tersalah angkat jari je
Tak yah overthinking
Quote Suchi 2-9-2022 04:15 PM
cmf_PariS replied at 2-9-2022 03:41 PM
dia nk naik jari mini love laaa tp tersalah jari.. tk semu apandai buat mini  love t u.. budak kot.. ...

Mmg susah pun nk buat mini love tp lebih mudah tunjuk jari tengah.
Quote dani-rox 2-9-2022 04:28 PM
lain kali buat tangan single ladies, nak... barulah vogue, baru la beyonce gitu

Quote shernazz 2-9-2022 04:56 PM
Samada mak pak dah biasa
Atau kawan2 yang buat
Jadi dia ingat takde apa..

Teringat cite mr bean...dijaja jari tengah kat semua orang
Quote CiliPadiSedap 2-9-2022 05:02 PM
che-cikL: Semuanya bermula di rumah. Tak kuasa iols nak empati.


[youtube]C5T4ap8QgVA[/youtube]

Quote TomyamPuteh 2-9-2022 05:56 PM
Adakah dia pernah nampak bapak dia buat isyarat mcm tu dkt mak dia pada setiap hari Khamis malam Jumaat?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036777 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top