CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrey Tak Terkilan Dijemput Atau Tidak Ke Konsert Raihan

2-9-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2582| Komen: 24

Penasyid juga bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani langsung tidak berasa terkilan sekiranya tidak dijemput untuk membuat persembahan di Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam pada 26 November depan.


Vokalis bersuara lunak itu bagaimanapun berlapang dada dan tidak akan menolak sekiranya dipelawa oleh kumpulan nasyid popular itu untuk sama-sama memeriahkan persembahan menjelang malam konsert.

“Sejujurnya saya tidak terkilan jika Raihan enggan memanggil saya sebab bagi saya, acara itu pun sukar untuk direalisasikan. Jadi, apabila mereka dapat buat, saya pun turut gembira dan bersyukur.

“Sekiranya dijemput, saya akan pergi. Kalau tidak, buat apa saya mahu bising kerana itu hak mereka untuk hendak panggil saya atau tidak,” kata, Nazrey, 50, pada sidang akhbar Konsert Nasyid Legenda 2022 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).


Foto: Kosmo

Baru-baru ini, kumpulan Raihan mengumumkan bakal mementaskan Konsert Garis Masa Raihan bagi meraikan ulang tahun ke-26 pembabitan mereka dalam industri muzik.

Konsert Garis Masa Raihan bakal dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 November depan.

Mengenai permintaan peminat yang mahukan dia turut terbabit dengan konsert berkenaan, Nazrey sedar mengenai hal tersebut namun enggan merosakkan setiap perancangan Raihan.

“Saya sedar tentang peminat mencari Nazrey dan bagi mereka jika saya ada, maka lengkaplah Raihan.

“Situasi tersebut ibarat, sebelah tangan ada lima jari tetapi jika kurang satu memang tidak lengkaplah. Sekiranya dijemput, maka lengkaplah persembahan Raihan.

“Apa pun saya tidak ada masalah sekiranya dijemput atau tidak. Dua-dua saya okey dan alhamdulillah. Perasaan ini bukan rekaan tetapi saya memang tidak mempunyai masalah pun,” komennya.

Kali terakhir Nazrey membuat persembahan bersama kumpulan yang terkenal menerusi lagu Iman Mutiara itu adalah ketika di Kanada pada 2005.

Sementara itu, peminat yang merindui persembahan Nazrey boleh mendapatkan tiket menyaksikan Konsert Nasyid Legenda di Dewan Sivik MBPJ pada 29 Oktober depan.

Konsert tersebut dianjurkan bagi mengenang jasa penyanyi nasyid sejak era 1970-an seperti kumpulan Al-Jawaher dan Al-Mizan.

Selain Nazrey, barisan penyanyi dan kumpulan nasyid popular yang akan menjayakan konsert tersebut ialah Ustaz Akhil Khay, Hijjaz, Rabbani dan In-Team. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 2-9-2022 03:19 PM
kenapa die kuar raihan ehh... suaranye yg antra lunak dlm group ni...
Quote Cokoro 2-9-2022 03:24 PM
sampai la ni takthu kenapa dia berbalah dgn geng raihan yg lain
Quote piep 2-9-2022 03:51 PM
Cokoro replied at 2-9-2022 03:24 PM
sampai la ni takthu kenapa dia berbalah dgn geng raihan yg lain

sebab katanya waktu karier raihan tengah memuncak, laku keras, si nazriey ni keluar raihan sebab nk berdakwah di sabah. nak fokus brdakwah.. tpi internal issue x sure la.. sbb aritu waktu lagu sesungguhnya brsama alif tu reporter ada tnya pasal nazri, n group raihan just senyum kata no komen je.. semacam jee.. mgkin konsert ni x jemput nazri la, di jemputnya si alif tu nanti.. vibe dia pun x sama
Quote AnnaSendin 2-9-2022 07:15 PM
Sore Nazrey adalah trademark Raihan. Nazrey tade, Raihan jadi lompong. At least jemputlah jadi retis jemputan ker.
Quote shiraloveyou 2-9-2022 07:26 PM
Kalau ade isu dalaman, boleh je kalau bawak berbincang elok2..
Quote mamajawie 2-9-2022 07:37 PM
Dorang punya rahsia betul2 pakai lock solex..sampai ke sudah netizen speku pe mslah dorang ni..
Quote ~boolean 2-9-2022 07:51 PM
mana ada dia berdakwah kat sabah...kan ke sampai sekarang masih lagi scam duit orang..
Quote nakkomenjugak 3-9-2022 03:36 PM
ni baru betul jaga aib
sampai kesudah tak tau apa cersss acik nazrey keluar raihan
Quote silampumeja 3-9-2022 04:04 PM
~boolean replied at 2-9-2022 11:51 AM
mana ada dia berdakwah kat sabah...kan ke sampai sekarang masih lagi scam duit orang..

Dia kutip derma tahfiz kat sana kan sambil nyanyi di psar malam... Yg kebanyakan org nasid ni buat kat psar malam jugak.... Si suhaimi saad pun pernah buat
Si nazrey ni skrg bini berapa org... Dulu lebih sorang...


Quote ezacbee 3-9-2022 04:18 PM
Adalah tu top secret.

Tak tau pe Nazrey dah buat sampai geng Raihan berpatah arang.

Kalau tak masih mendonia Raihan. Suara dia sedap. Aliff pun kalah.

Quote scrocth 3-9-2022 04:28 PM
Come on. Sedangkan awie dgn erra yang satu malaysia tahu pernah bermasam muka pun boleh profesional blk n buat konsert sama2, inikan pulak raihan yang sah2 memperjuangkan dakwah islam. Buang yg keruh ambillah yg jernih. Even ms dpt anugerah pencapaian spjg hayat pn xdisebutpn nama nazrey pdhl dorg mentioned nama sorg lagi ahli yg dh meninggal tu, azhari ke apa namanya?
Quote GegarVaganja 3-9-2022 04:28 PM
silampumeja replied at 3-9-2022 04:04 PM
Dia kutip derma tahfiz kat sana kan sambil nyanyi di psar malam... Yg kebanyakan org nasid ni buat ...

Yeah. A few years back dia mintak derma sambil nyanyi kat bazar ramadan saujana impian. La ni xtau dia kutip derma kat pasar malam mana pulak.
Quote Mary_jane 3-9-2022 04:39 PM
Wah konsert atas ni ada in-team lah, pujaan sister2 uni tu. Lagu Kasih Kekasih, Nur Kasih, Impian Kasih. Letopzzz. Mampooo?
Quote suka2 3-9-2022 06:16 PM
Sohai laksa takda join konsert ka nanti
Quote Udangpetai 3-9-2022 08:30 PM
Adalah tu kan internal problem yang dia rasa kalau cakap kat public memang mengaibkan. Betul2 dia mangga eh mulut masing2.
Quote Fly_over 3-9-2022 09:57 PM
ustad2 pn bgaduh tak btegur btahun2. ni kan pulak lopa dan pajura.
Quote auntyonion 3-9-2022 10:10 PM
~boolean replied at 2-9-2022 07:51 PM
mana ada dia berdakwah kat sabah...kan ke sampai sekarang masih lagi scam duit orang..

Cehh iyer2 la viral kat fb sume sanjung2 keluar rehan sbb nak berdakwah
Quote dua_chzy 3-9-2022 10:11 PM
Fly_over replied at 3-9-2022 01:57 PM
ustad2 pn bgaduh tak btegur btahun2. ni kan pulak lopa dan pajura.

Ustad ke pon deols?
Quote Fly_over 3-9-2022 10:22 PM
Edited by Fly_over at 3-9-2022 10:24 PM
dua_chzy replied at 3-9-2022 10:11 PM
Ustad ke pon deols?


bukan panggil ustad nazry yg kena pulau tu? jd yg lain tu iols assume selevel ustad jugak la

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.114748 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top