“Tak kisahlah saya sakit, asalkan dapat berlakon untuk bayar yuran pengajian anak-anak”. Demikian pengorbanan pelakon Datuk Aaron Aziz apabila tidak kisah menahan sakit akibat masalah saraf tulang belakang yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu asalkan masih boleh bekerja bagi menampung kos pengajian anak-anaknya di menara gading.
Bercakap kepada Kosmo! Online, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan. “Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.
“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun. “Mereka akan masuk ke universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
Timortimur replied at 2-9-2022 11:42 PM
Dah tahu mcm tu buat apa hntr anak2 bljr kat Tenby?
Mahal kot situ
Hntr jelah kat private school ata ...
pujanggacinta replied at 2-9-2022 11:57 PM
ada ker private school or international school yg murah sket?
Timortimur replied at 2-9-2022 11:42 PM
Dah tahu mcm tu buat apa hntr anak2 bljr kat Tenby?
Mahal kot situ
Hntr jelah kat private school ata ...
jas7512 replied at 2-9-2022 09:35 PM
Results anak2 dia mmg excel sampai masuk media spore...apa2lah haron asal kau x kacau org dan buat t ...
cicicumel replied at 3-9-2022 03:39 PM
Dia xde bisnes ke?
Btw anak lelaki dia tak mewarisi kehenseman bapaknya ketika muda.. Anak lelaki di ...
ADVERTISEMENT