CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Merungut Bank Menyusahkan, Terpaksa Angkut Mak Lumpuh Ke Bank Untuk Perbaharui Kad

2-9-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1312| Komen: 9

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa dengan layanan kakitangan dan sistem sebuah bank tempatan yang dikatakan tidak mesra pelanggan serta menyusahkan.

Ini kerana menurutnya, dia terpaksa ‘mengangkut’ ibunya yang kini terlantar di atas katil menggunakan ambulans untuk ke bank bagi proses penukaran kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang baharu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, wanita tersebut memaklumkan bahawa kad ATM ibunya itu tidak boleh digunakan lagi kerana sudah tamat tempoh dan perlu digantikan kad baharu dengan segera.



Sebelum itu katanya, dia ada menelefon pihak bank bertanyakan proses untuk menukar kad ATM baharu untuk ibunya yang kini lumpuh dan hanya mampu terlantar di atas katil.


Namun katanya, pihak bank memberitahu bahawa tiada cara lain untuk memperbaharui kad ATM dan dia perlu membawa ibunya ke bank.



“Saya terpaksa meminta bantuan daripada pihak ambulans (St Johns) untuk membawa mak ke bank kerana tak boleh bawa mak naik kereta dengan keadaannya yang tidak boleh duduk.

“Semua itu kos yang terpaksa saya keluarkan sendiri bukan percuma, ada juga bank yang tidak ada timbang rasa dekat orang sakit,” luahnya.

Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah negeri di utara semenanjung.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan pihak bank tersebut yang dianggap mereka terlalu ‘kejam’ dan menggunakan sistem ‘kuno’ malah ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan khidmat bank lain.

“Ibu saya (kakitangan bank), kalau ada kes macam ni dia dengan staf lain sendiri pergi rumah orang tu ambik cop jari, paling tidak pun kalau boleh bergerak tapi tak mampu nak berjalan boleh duduk dalam kereta je pun boleh staf keluar ambik cop jari walaupun orang itu dalam kereta,” tulis @hdrsma.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @Hanifariffin97.

“Benda ni betul dulu bawa arwah nenek tak dapat turun kereta sebab tak boleh jalan, pegawai tu suruh juga datang kaunter. Bukan main susah nak turun sebab tempat tu sempit, kemudian pegawai tu keluar dari pejabat pergi kat kereta, ” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-9-2022 03:01 PM
Public bank setau i sistem dia ketinggalan zaman sikit..
Quote sharlenetexas 2-9-2022 03:01 PM
Dejavu kwsp


Quote esbok 2-9-2022 03:53 PM
kekadang paham kenapa terjadi begini, sbb ada anak curi duit parents. tapi tu lah, semoga ada jalan lebih baik.
cuma penah tengok, ada case, orang bank pegi sendiri jumpa client tu kat rumah.
Quote mclaren 2-9-2022 08:25 PM
Tu la terfikir tadi awal2 baca, kenapa tak boleh ke staf bank ada budi bicara pergi rumah customer tu, bawa je lah Biometriic device tu bukannnya takde kot yang portable punya.

Eloklah kena kecam.
Quote jazaa100 2-9-2022 08:51 PM
Lepas ni dah blh staff kuar pi rumah customer.....
Quote WeAiNe 2-9-2022 09:01 PM
angkut juga ke bank sebab prosedur katanya
tak ada budi bicara atau timbangrasa
padahal boleh je minta pengesahan dari doktor
keadaan fizikal dan kesihatan samada mampu atau tidak
yang transfer duit hilang lesap tanpa tac tanpa owner sendiri tahu
tak ada pulak depa ni kecoh nak ikut prosedur sangat
rata2 baca bila buat report pun di dono kan je
Quote scarflicious 2-9-2022 09:03 PM
sharlenetexas replied at 2-9-2022 03:01 PM
Dejavu kwsp

Oh ya. Betul. I pernah kena.
Quote sharlenetexas 2-9-2022 09:13 PM
Kalau ada yg mati dalam premis bank, pihak bank sila menjawablah ye.


Quote totokreturn. 2-9-2022 10:56 PM
Punya la bangang service bank ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047900 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top