Shila Amzah mengakui kesilapannya membuang gula-gula ketika Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2 pada ambang Merdeka baru-baru ini.
"Semasa acara itu berlangsung, saya sebenarnya sedang demam. Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak. "Selalunya, saya ingat untuk membuang terlebih dahulu gula-gula itu. Tapi, pada hari itu, saya mengambil beberapa ubatan seperti ubat batuk dan selsema, sekali gus mengganggu pemikiran saya juga sampaikan saya terlupa. Ditambah pula dengan busana yang saya pakai, agak berat, jadi memang saya terlupa semua benda," katanya kepada Harian Metro.
Jelasnya lagi, dia berasa terganggu dengan gula-gula yang masih berada di dalam mulutnya ketika itu lebih-lebih lagi selepas menyanyi bahagian 'adlip'. "Rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan, takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi, saya kena buang gula-gula itu. "Sebelum ini, saya dah pernah 'buat hal' di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut 'tertangkap' oleh kamera. Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah. "Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah," katanya yang bersyukur persembahannya di acara itu berjalan lancar. Sumber: Harian Metro
|
asfaz replied at 2-9-2022 12:37 PM
Bagi saya ini hiburan..
Euwwww tang mana hiburannya? Dah tau nak nyanyi buang la siap2
Lavender_Violet replied at 2-9-2022 01:34 PM
Alaa...setakat gula2 cinonit jer pun....bukan dia ludah kencing berak atas stage tu
Chill la netizen ...
ADVERTISEMENT