Oleh : Dean BZ Menurut satu status dari Facebook rasmi Perdana Menteri DS Najib Razak, Panda gergasi betina yang diberi nama Liang Liang telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 petang tadi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara. Liang-Liang ketika awal ketibaannya di Malaysia pada 21 Mei 2014. Sumber Gambar - www.thestar.com.my Memetik laporan Bernama, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pekerja dan pakar veterinar di GPCC mengesan gerak-geri Liang Liang yang luar biasa sejak dua minggu lepas. "Liang Liang mula menunjukkan tanda-tanda luar biasa seperti tiada selera makan, kurang aktif dan mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan. "Sejak dari itu, pakar-pakar veterinar Zoo Negara membuat ujian darah dan menimbang berat badannya...mereka menjangka 80 peratus kemungkinan yang Liang Liang bunting," katanya kepada Bernama Selasa. Xing Xing dan Liang Liang merupakan panda gergasi dari China yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China. Panda gergasi merupakan khazanah negara China dan hanya beberapa negara sahaja diberi penghormatan bekerjasama dalam program Kerjasama Konservasi Giant Panda Antarabangsa. - CARI Infonet.
|
26
Bagus |
11
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cap_ayam replied at 18-8-2015 05:27 PM
Ada edisi kalkulator tak? Comfirmkaa xing xing tu apak baby tu? Syukurlah liang liang tak buang baby ...
exclusive_vvip replied at 18-8-2015 05:44 PM
so, baby tu jadi kita punya ker?
RED 666 replied at 18-8-2015 05:48 PM
baby panda tu kena dipulangkan semula kepada kerajaan china, sperti yg tercatat dalam kontrak sewa ...
exclusive_vvip replied at 18-8-2015 05:58 PM
oh...balik China nanti bleh la baby panda tu eksen sbb lahir kat oversea...hihi... x sabo nak tgk ...
ADVERTISEMENT