Penyanyi, Azmi Saat meluahkan kekecewaannya terhadap orang tengah yang memegang amanah menguruskan persembahan kumpulan Caliph Busker bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) pada Ogos lalu kerana melengahkan pembayaran.
Walaupun sudah menerima bayaran tersebut namun masih terselit rasa kecewa kerana pembayaran tersebut hanya dibuat selepas dia bertindak menyuarakan perkara itu di media sosial.
Menerusi laporan mStar, kejadian seumpama itu juga bukanlah kali pertama terjadi kepada mereka menyebabkan Azmi hilang sabar dengan tindakan individu berkenaan.
"Individu berkenaan sering memberikan tawaran persembahan kepada kumpulan busker seperti kami. Sudah banyak kali dia buat perkara sama dengan pelbagai alasan.
"Sebenarnya kami sudah serik mahu bekerjasama dengannya tetapi untuk program Maha 2022 baru-baru ini, pihak penganjur memang mahukan Caliph Busker dan dia yang menghubungi kami untuk buat persembahan," katanya.
Terdahulu, Azmi bertindak berkongsi rasa tidak puas hati terhadap pihak berkenaan di Instagram miliknya sebagai peringatan kepada orang tengah terbabit selepas gagal dihubungi.
Dalam hantaran menerusi IG Story tersebut, Azmi mendedahkan pihak penganjur sudah membuat pemindahan wang kepada individu tersebut namun bahagian Caliph Busker tidak diagihkan.
"Sudah sebulan program tersebut berlalu dan kami masih belum terima bayaran. Saya juga menghubungi pihak penganjur dan mereka maklumkan duit sudah dimasukkan seminggu lalu.
"Jadi, saya sengaja kongsikan di media sosial supaya pihak berkenaan sedar. Syukur, alhamdulillah semuanya sudah selesai," jelasnya.
Kata Azmi, walaupun bayaran yang diterima tidaklah terlalu tinggi namun mana-mana pihak seharusnya lebih bertanggung jawab apabila melibatkan soal wang lebih-lebih lagi sekiranya ia adalah hak orang lain. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Azmi Saat is a Malaysian actor and comedian who is known for his role in the popular television sitcom, "Pisau Cukur". Recently, he took to social media to express his disappointment with the behaviour of some people in Malaysia.