CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Draf Penghakiman’ Rosmah Bocor Dibuat Pihak Yang Cuba Pengaruhi Badan Kehakiman?

1-9-2022 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1370| Komen: 6

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pasukan guaman Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa “draf penghakiman” yang dibocorkan baru-baru ini berhubung kes rasuahnya dibuat pihak yang “cuba mempengaruhi badan kehakiman”.


Menurut peguam mewakili Rosmah, Jagjit Singh dokumen yang menimbulkan syak wasangka itu disediakan oleh seseorang atau lebih yang tidak mempunyai kuasa.


The Star

“Ia kelihatan seperti draf penghakiman yang nyata,” kata Peguam Jagjit.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kemudian bertanya kepada Jagjit sama ada beliau “mencadangkan” bahawa hakim akan menggunakan dokumen yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin itu sebagai penghakiman muktamadnya.


Jawab Jagjit, “bukan itu maksudnya.

“Itulah sebabnya kami mengatakan bahawa wujud bahaya sebenar berlakunya berat sebelah.”

Rosmah memohon agar Hakim Zaini menarik diri daripada mendengar kesnya susulan penyiaran “draf penghakiman” itu oleh Raja Petra minggu lepas.

Bekas wanita pertama negara itu mendakwa, dokumen itu bukan disediakan Hakim Zaini tetapi oleh “pihak ketiga”.

Tambah Rosmah, beliau hilang keyakinan terhadap hakim untuk memutuskan kes rasuahnya disebabkan oleh dokumen itu. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 2-9-2022 07:35 AM
mcm ne raja petra tu ada draft kehakiman? time jibby pon mcm tu.. mestu ada yg x jujur dan amanah dekat badan kehakimana tu.. kalau tau, pecat je org tu.
Quote Nham22 2-9-2022 07:48 AM
hahaha.. Xperlu draftpon rakyat tau rosmah tu minah sakau.....masuk court ni pon sbb nak kan pertimbangan yg adil.. Sebelom2x project solar pon dh banyak yg rosmah sakau
Quote stingergrumpy 2-9-2022 08:00 AM
Nham22 replied at 2-9-2022 07:48 AM
hahaha.. Xperlu draftpon rakyat tau rosmah tu minah sakau.....masuk court ni pon sbb nak kan pertimb ...

Sebab iteww anak jiran aku yg 3 tahun tanya, jumlah saman atau denda yg berapa banyak yg kakak pinky tak mampu bayor? Its the jel term yg dia tak sanggup...hence disuruh bunuh saja dirinya...dari giving her jel term


Quote Dalcott 2-9-2022 09:13 AM
dlm byk2 org mcm mne doc ni blh ade dkt raja petra pulak. lg pun dia ddk oversea.
Quote Siput_Sawah 2-9-2022 09:16 AM
nurul_akmar replied at 2-9-2022 07:35 AM
mcm ne raja petra tu ada draft kehakiman? time jibby pon mcm tu.. mestu ada yg x jujur dan amanah de ...

draft yg bocor tu bukan draf dari badan kehakiman, tapi draft yg di buat oleh pihak ke-3. Siapakah pihak ke-3? tepuk dada fikir fikr la sendiri.
Quote stingergrumpy 2-9-2022 09:16 AM
Dalcott replied at 2-9-2022 09:13 AM
dlm byk2 org mcm mne doc ni blh ade dkt raja petra pulak. lg pun dia ddk oversea.

Kheunz? Kalau pakai courier serbis utk hantor dokuments pun berapa hari baru boleh sampai kheunz?

Tak logik ler....


Kahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077268 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top