|
Jihan Muse berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua. Dijangka bakal bersalin bulan ini, hos program Gegar Vaganza ini juga turut memohon doa yang baik-baik daripada peminat.
Jihan pada masa sama turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di Instagram. “Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Betul- betul anak nombor dua. Doakan ya,” tulisnya disusuli tanda pagar #lastcheckup dan #kujipham. Anak pertamanya Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043098 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.