CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengulas Sukan Hafizal Hamad Buat Laporan Polis, Diugut Sebab Kritik Prestasi Lee Zii Jia

1-9-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1893| Komen: 8

Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada seorang individu susulan kritikan yang dilemparkannya terhadap prestasi pemain badmintan negara, Lee Zii Jia yang dikatakan semakin merosot.


Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, Hafizal telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada malam Rabu.

Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan tersebut.

Foto: IG

“Pengadu telah membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.


“Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’,” kata Mohd Iqbal.

Terdahulu, tular di media sosial Twitter rakaman video program tersebut yang mana memaparkan Hafizal bersama dua pengulas lain iaitu Dayang Atul serta Fina Nasrom dikatakan mengkritik prestasi Zii Jia.

Ramai peminat tegar pemain perseorangan negara itu kemudiannya mengkritik tindakan mereka bertiga yang dikatakan tidak berlandaskan profesionalisme sebagai pengamal media.

Terdahulu, Zii Jia telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel 2022 demi memberi tumpuan terhadap Kejohanan Badminton Dunia namun dia terkandas pada pusingan awal kejohanan tersebut.

Untuk rekod, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 1-9-2022 03:47 PM
langsung x bole disentuh Zii Jia nie.. heheh.. adik aku pn sentap bila ktorg ckp pasal prestasi dia yg ting tong tu..
Quote adm7 1-9-2022 03:57 PM
Sukan je pun. Yg fanatik/ beria sangat tu kenapa?
Quote ifanonline 1-9-2022 03:59 PM
kerana mulut badan binasa
Quote supernaturalee 1-9-2022 05:23 PM
makin membulat sejak join astro

Quote hyie 1-9-2022 05:31 PM
boleh tak nak speku zii jia sengaja bebuat kalah berturut2 untuk tahun ni, dan tahun depan akan mendonia...agichewwww
Quote mrseller 1-9-2022 06:43 PM
Geng sembang kari dkt astrok.
Quote swimswim 1-9-2022 06:48 PM
Boo lan jiaa.
Quote babynina30 1-9-2022 10:27 PM
I suka beliau ni. Nmpk ramah dan boleh in dgn semua atlet bbnu. Sempoi je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.269840 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top