CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Mati Dibelasah Kawan Serumah Sebab Malas Kerja

1-9-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2849| Komen: 18

SUNGAI PETANI: Seorang duda yang kerap kali dibelasah rakan serumah sejak sebulan lalu meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk diberikan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).


Mangsa berumur 39 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badan kerana dipukul menggunakan kayu.

Selain itu, pemeriksaan perubatan turut mendapati telinga kanan mangsa bengkak serta kesan luka di tangan kanan dan kiri termasuk kesan pukul di kedua-duaa belah pahanya.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 3.40 petang semalam ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan HSAH selepas tidak sedarkan diri di rumah kenalannya di Taman Gemilang, Sungai Lalang di sini.


“Selepas bercerai dengan isterinya beberapa bulan lalu, mangsa menumpang tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah kenalannya itu.

“Manakala dua lagi anak mereka tinggal bersama bekas isterinya di kawasan perumahan sama,” katanya.

Kata Zaidy, sebaik menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan HSAH yang disyaki akibat kecederaan parah yang dialaminya, polis kemudian melakukan siasatan ke atas bekas isteri dan jirannya di taman perumahan tersebut.

“Siasatan kita kemudiannya mendapati mangsa sejak sebulan lalu sering dipukul oleh teman serumahnya kerana dikatakan enggan bekerja.

“Walaupun kejadian itu sering dilihat jirannya, namun, mereka tidak berani menghebohkannya kerana menerima ugutan daripada teman serumah mangsa yang dikenali sebagai seorang ahli kongsi gelap,” katanya.

Menurut Zaidy, pihaknya kemudian berjaya menahan rakan serumah mangsa dan suspek mengaku memukul mangsa menggunakan kayu dan tangan sejak sebulan lalu.

“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri.

“Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-9-2022 03:03 PM
Kaum kamde piropura ke kande ah chong tu je nak tau... rasanya buken sskjp..
Quote CariMalay 1-9-2022 03:48 PM
Kenapa kau tak pergi kerja? Pemalas nak mampus elok pun kena belasah. Sialan punya orang
Quote hanamunir 1-9-2022 04:57 PM
haa elok la housemate pun ahli kongsi gelap..
gangster2 dia pun geram juga ye tengok kawan tak keje..
ke sebab kawan dok mentekedarah, yang housemate tukang keje tukang kena support belanja..
lagi la geramm khuenn..
Quote tri-max 1-9-2022 05:04 PM
gangster pun berkerjaya hokey, bukan biawak hidup
Quote becir 1-9-2022 05:15 PM
“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri."

Bagus gak gangster2 pun ada hati nurani dia...padan muka mati
Quote rainbowrainz 1-9-2022 05:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun....utk jejantz yg lain jgnlah jd biawak...teruk nawww
Quote lattehazelnut 1-9-2022 05:25 PM
Bini2 yg bersuamikan biawak sila simpan kayu belasah suami korg..
Quote blue_blur 1-9-2022 06:58 PM
maksudnya, kalau dah biawak tegar.. pukul sampai mati pun tak dapat dibaiki.... peh bahaya....
Quote jalfa 1-9-2022 07:00 PM
Sianya..mesti anak dia tengok bapak kena pukul sbb jjran pon boleh nampak
.sadis betul sampai mati dikerjakan..
Quote sukacactus 1-9-2022 08:47 PM
Punya la biawak tegar
Dah kena pukul sebulan pun, still buat derk jg
Sanggup mati lg dr keje
Quote Nham22 1-9-2022 08:50 PM
Gengster pon tau anak ni kite patut sayang.. Bukan pukul2x kan die... Mungkin anak mangsa kecik lg.. Dok selalu kene pukul sampai nanges2x budak tu..
Quote Belibis 1-9-2022 08:58 PM
Alasan selalu pukul anak..ntah2 saspek tertekan sebab asyik makannnnnnnn,tidooooooo...mati lagi afdol.
Quote margo20 2-9-2022 01:34 PM
Adeh kau nak jadi pemalas pun tgk la sekeliling duduk dgn ahli kongsi gelap guane tu boh
Quote Supersirap 4-9-2022 12:43 PM
Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran buat diri kita semua
Quote MarryPottet 4-9-2022 01:03 PM
Innalillah.....

Apolah naseb ko jang
Setakat membiawak masa jadi suami, ko berpindah status jadi duda jah
Dah jadi duda, ko sambung lagi jadi bewak 2.0 di rumah geng kongsi gelap, berpindah alam terus ko jang

Hat saspek tu pon 1, patut ko hantar je dia balik rumah makpak dia biar makpak dia pulak sambung bela bewak tegar
Ni tak memasal status bewak berpindah kat ko pulak bila ko dah masuk penjara sok. Bertambah lagi bilangan bewak yg pembayar cukai terpaksa tanggung
Quote ina_na 4-9-2022 01:09 PM
Bgs la spesis biawak hidup ni mmg patut dihapuskan.. dl menyusahkan anak org aka bini... Skrg menyusahkan kawan serumah..rokok,makan minum semua pau serumah..dah la kawan tu penat keje membelasah nk membeli semua tu.. dia sedap2 nk free semua..cash la
Quote chandrahusin 4-9-2022 01:15 PM
Harap memberi keinsafan kepada
Biawak2 yg lain
Quote Skuau 4-9-2022 02:01 PM
kenapa nk belasah..kalo boleh dihalau jer???

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.200010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top