CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuzik Jalanan 'Kaya' Minta Sedekah Di Persimpangan Lampu Isyarat

1-9-2022 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 859| Komen: 0

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemuzik jalanan menggunakan peralatan elektronik ketika membuat persembahan di tepi jalan raya, lapor laman berita Suara.com.


Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @merapi_uncover.


Foto: IG @merapi_uncover

Lelaki itu dikatakan membuat persembahan di persimpangan lampu isyarat Terminal Condongcatur, Yogyakarta.

Pemuzik itu dilihat mempunyai peralatan lengkap seperti komputer riba, pembesar suara dan beberapa peralatan lain. Alat-alat ini diletakkan di atas meja kayu yang dibawanya.


Dalam video tersebut, kedengaran muzik yang baru-baru ini tular di beberapa platform media sosial.

Sementara muzik dimainkan, pemuzik jalanan itu dilihat berjalan ke arah pemandu-pemandu sambil membawa sebuah kotak.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan sebilangan mereka beranggapan pemuzik itu cukup mewah dari segi kelengkapan.



“Mungkin cari wang tambahan untuk sekolah,” kata seorang netizen.

“Wang disimpan boleh beli komputer riba,” komen netizen lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top