CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Selamba Buka T-Shirt Berkolar Bantu Pemuda Ambil Ujian Memandu

1-9-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2573| Komen: 9

Sejak dulu kita diajar supaya saling membantu serta menghulur pertolongan tanpa mengira apa jua perbezaan sama ada bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan pegangan politik.


Seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Eqramm Azizi, rakaman menunjukkan seorang pemuda meminjam sehelai kemeja-T berkolar daripada seorang individu lain mendapat perhatian warga maya.



Difahamkan pemuda berkenaan terpaksa meminjam pakaian selepas dia dihalang daripada menduduki Ujian Komputer Lesen Memandu (Ujian KPP JPJ) kerana memakai kemeja-T tidak berkolar.

"Ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebabkan baju tak berkolar.


"Apa-apa pun terbaik Malaysiaku," tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang lelaki menanggalkan baju yang dipakainya untuk diberikan kepada pemuda tersebut.



Bukan itu saja, turut menjadi perhatian warga maya ialah adab lelaki terbabit sebelum menghulurkan pakaiannya itu.

Sebelum menyerahkan baju, lelaki itu mengibas-ngibas dahulu dan kemudian melipat baju yang ditanggalkan kepada pemuda terbabit.

"Ini Malaysiaku. Walaupun nak bagi orang siap buka baju, tepuk, betulkan baju dan lipat. Baru bagi orang. Adab kita cara kita," tulis netizen di ruangan komen.

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, aksi bersahaja tindakan murni yang sempat dirakam ini dipuji oleh ramai.

Rata-rata netizen tersentuh dan berasa terharu dengan tindakan memberi bantuan kepada orang lain tanpa mengira siapapun individu tersebut.

Pada masa sama, tampil di ruangan komen seorang gadis mengakui bahawa lelaki itu sebagai bapanya.


Lelaki Selamba Buka T-Shirt Berkolar Bantu Pemuda Ambil Ujian Memandu


Jelasnya, setiap hari bapanya akan memakai dua lapisan baju kerana menunggang motosikal seawal pukul 5 pagi dalam keadaan cuaca sejuk untuk ke tempat kerja

Tambahnya, ibunya juga turut menyukai video yang dikongsikan dan berharap supaya semua doa yang baik itu berbalik kepada mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-9-2022 03:00 PM
tetiba boleh ada camera pulak kat situ ek..
boleh dengar pulak tu pinjam baju sebab nak amik lesen..
dah macam tele indon..
cakap dalam hati pun boleh dengar..
nasib takde zoom in zoom out 10 kali
Quote ezacbee 1-9-2022 03:17 PM
Sekarang ni banyak cctv bergerak. Kena tgk kiri kanan...
Quote babelina 1-9-2022 04:40 PM
apa2 nk buat pn kna tgk kiri kanan.. takut dikongsi n viral.. tp klau benda baik mcm nie.. mmg bgs la..
Quote Cpkay 1-9-2022 04:58 PM
tak cakna peraturan dan etika pakaian .
Quote chandrahusin 2-9-2022 03:33 PM
Aku igt aku busuk hati
Sbb pikir benda ni dh mcm sinetron
Quote Suta_makan_ka 4-9-2022 01:06 PM
chandrahusin replied at 2-9-2022 03:33 PM
Aku igt aku busuk hati
Sbb pikir benda ni dh mcm sinetron

Bukan busuk hati. Cuma skeptic je
Quote rogayahtop 5-9-2022 03:05 AM
mmg rmai je org tolong org kat luar ni. bukannya pelik pun.
Quote Supersirap 5-9-2022 12:52 PM
Pentingnya ada perasaan kasih sayang sesama insan
Quote Artemesiaa 12-9-2022 01:14 PM
Rakyat Malaysia ramai je yang masih baik walau berbilang bangsa hanya segelintir je bermasaalah bukan semua.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060292 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top