CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ramai Kecewa Shah Rukh Khan Sembah, Muat Naik Gambar Patung Berhala

1-9-2022 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3370| Komen: 15

Shah Rukh Khan sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila dia ditangkap memuat naik posting terbaru di akaun media sosial Instagram miliknya. 

Dia yang beragama Islam memuat naik patung Ganesha, dewa bagi penganut Hindu. 

Foto: IG

Raja Bollywood ini menunjukkan patung Ganesha, dewa berbadan manusia tetapi berkepala gajah. 

Patung itu diletakkan di atas meja dengan persembahan berupa kalung bunga, dan makanan yang mengelilingi patung itu.



Ternyata, pada 31 Ogos 2022, Shah Rukh Khan meraikan sambutan Ganesha. Difahamkan dia menyertai sambutan itu bersama isterinya, Gauri Khan yang beragama Hindu.

“Ganpatiji dialu-alukan pulang. Melalui kerja keras, ketabahan & kepercayaan kepada Tuhan, anda boleh hidupkan impian anda. Selamat Hari Ganesh Chaturthi kepada semua.” tulis Shah Rukh Khan di Instagram @iamsrk.

Gambar patung Hindu itu bukan sekali dua yang dilakukan Shah Rukh Khan. Sebelum ini, dia turut dikatakan memuat naik patung Ganesha dan memberi salam serta restu daripada Dewa Ganesha.


Selepas memuat naik semula posting patung Hindu, Shah Rukh Khan sekali lagi dikecam dan mempersoalkan agamanya. 

Netizen mula mengkritik Shah Rukh Khan dan mempersoalkan agamanya.

Walau bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak membalas mana-mana komen berkaitan hal agama di laman media sosialnya.-CARI

Sumber: Murai.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 1-9-2022 02:33 PM
dah tu bini hindu, gini ler jd nya, dia bkn macam amir khan yg btul nampak keislaman la juga.
Quote Thunderclouds 1-9-2022 03:37 PM
Biaq p la dia agama apaaa...hak dia. Kt sinun xdak halangan nk loncat agama. Agak2 kalo negara kita ni izinkn moslem tukar agama brapa ramai yg pilih utk mortad??
Quote wnwa05 1-9-2022 04:17 PM
Apa mazhab lah dia
Quote ice98 1-9-2022 04:26 PM
ape la nak kecewa sangat? dah lama pon die bertukar.. sayang bini kekdahnya!
Quote jas7512 1-9-2022 11:33 PM
Moga kau dibakar dlm api neraka plg panas klu x bertaubat..munafik
Quote fazamania 1-9-2022 11:42 PM
Amir Khan siap pergi haji tapi kalau bab agama, lebih kurang SRK jugak.
Quote Dalcott 2-9-2022 09:40 AM
same je diorg ni.
Quote greantea 2-9-2022 04:14 PM
buat ape terkejut. bukan x pernah tgk dia sembah2 masa berlakon. minum2 pon selalu. nak bersangka baik lg ke?
Quote shida81 2-9-2022 04:29 PM
fazamania replied at 1-9-2022 11:42 PM
Amir Khan siap pergi haji tapi kalau bab agama, lebih kurang SRK jugak.

Dia g haji sbb teman kn mak diakan...  Bukan sbb dia betul2 nk g
Quote awenda507 2-9-2022 06:02 PM
ape nk dipelikkan kalau Islam atas nama je
Quote Sazreena 2-9-2022 08:24 PM
Watduyuespek letihzen weh..kalau bini pun hindu..anak pun surrogate..berlakon pun redho menyembah berhala..ko ghaserrr...
Quote makita 3-9-2022 08:14 PM
Kan dia pnh ckp lepas mak dia mati dia tak pnh sembahyang. Ni masa zaman kush kush hota hei.
Quote gideoncross 3-9-2022 09:27 PM
makita replied at 3-9-2022 08:14 PM
Kan dia pnh ckp lepas mak dia mati dia tak pnh sembahyang. Ni masa zaman kush kush hota hei.

Ha'ah, alasannya sbb heol kcewa knpa hal tu trjadi. Dh nmanya kmatian kn? Mna kita boleh halang.
Quote gideoncross 3-9-2022 09:28 PM
jas7512 replied at 1-9-2022 11:33 PM
Moga kau dibakar dlm api neraka plg panas klu x bertaubat..munafik

Uol blum tngok lgi ummah Yereb yg larikn diri dri Yereb, dh kluar dri Yereb, siap bngga jdi ummah LGHDTV ngan bngga mngaku dh Murtad.
Quote Page88 8-10-2022 07:26 AM
SRK does many unexpected things.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073378 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top