CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis, Wanita Mati Semasa Sedut Lemak Sehari Sebelum Kahwin

1-9-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 933| Komen: 1

Seorang wanita di Taipei mati selepas melakukan pembedahan sedut lemak. 

Lebih menyedihkan lagi apabila insiden terbabit berlaku sehari sebelum majlis perkahwinannya.


Wolipop melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Lin itu pergi ke Klinik Kecantikan dan Estetik Perubatan Fuzhneyan di wilayah Datong, Taipei pada 17 Ogos lalu.

Gambar Hiasan

Difahamkan, wanita terbabit yang ditemani oleh tunangnya itu dijadualkan menjalani rawatan sedut lemak di bahagian lengan dan perutnya menerusi prosedur selama lima jam.

Bagaimanapun dia berdepan dengan komplikasi ketika proses berkenaan dijalankan.


"Saya nampak petugas klinik keluar masuk dewan pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum salah seorang daripada mereka memaklumkan tunang saya meninggal dunia.

"Mereka cuba beri bantuan pernafasan kecemasan tetapi tidak berjaya."

Menurut laporan lagi, agli keluarga Lin dan tunangnya mungkin akan menyaman klinik terbabit atas dakwaan kecuaian perubatan. 

Walau bagaimanapun, laporan bedah siasat masih belum disiapkan oleh pihak berkuasa. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 1-9-2022 12:59 PM
Berita dah ada lah mangkaq pelaq. Hangpa sama2 wartawan pun tak dak rasa hormat ka weih? Pa benda la hangpa ni.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5061139&extra=page%3D1&mobile=2

@admin6

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045766 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top