CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selama Ini Saya Takut,"-Soo Wincci Akhirnya Berjaya Masuk Masjid

1-9-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2472| Komen: 4

"Selama ini saya sering takut untuk ke masjid kerana selalu orang cakap bukan Islam dilarang masuk. Di Kuala Lumpur sendiri pun saya tak pernah masuk mana-mana masjid," kata pelakon dan penyanyi, Dr Soo Wincci, 37, yang mengakui tenang dan tersentuh apabila dapat menjejakkan kaki di masjid ketika menghadiri program di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis.


Foto: IG

Wincci berkata, hatinya cukup tenang dapat berkumpul dengan ramai hadirin berbeza agama dalam majlis ceramah berhubung topik keharmonian itu.

"Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu. Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 hadir dari pelbagai latar belakang agama.




"Sesi selama lebih tiga jam itu begitu intim. Ia sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid sebelum ini kerana kehadiran saya dan penceramah berbangsa India ke sana sangat dialu-alukan," katanya.

Bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut bersyukur dapat menimba banyak ilmu berkenaan Islam di program itu.


"Saya gembira apabila ustaz yang terbabit pun berfikiran terbuka dan moden. Mereka memberi kami jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan kami ingin tahu. Program itu sememangnya satu perbincangan yang cukup bagus dan membuka mata. Ia pengalaman pertama yang sangat berharga untuk saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-9-2022 10:28 PM
Tak mustahil nanti kawen vip melayu
Quote timahterung 2-9-2022 12:46 AM
Semoga mendapat hidayah Dr
Quote Bantalkuning 2-9-2022 02:02 AM
nampak mcm tak sopan plak.. at least cover la pakai selendang ke apa.. ini free hair mcm itu je.. tak pe ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058870 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top