CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Teman Awek Buat Assignment- Pasangan Pelajar IPTA Dicekup Khalwat Dalam Hotel

1-9-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1950| Komen: 12

MELAKA – Seorang pemuda memberikan alasan penat bermain futsal ketika dicekup berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bukit Beruang di sini dalam serbuan Ambang Merdeka.


Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu yang juga merupakan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan hubungan mahram atau suami isteri.


Foto: Kosmo

“Hasil soal siasat, pemuda itu memberikan alasan dia menginap di hotel itu selepas penat bermain futsal sambil menemani kekasihnya menyelesaikan tugasan universiti.


“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada pakaian sukan ditemui di dalam beg pakaiannya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, dalam serbuan kedua di sebuah hotel bajet di Bachang, sepasang lagi kekasih ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Pasangan kekasih iaitu berusia 25 dan 22 tahun itu memberitahu mereka hanya berehat di hotel tersebut kerana penat dan tidak larat untuk pulang ke rumah dan semakan lanjut mendapati lelaki tersebut hanya tinggal di sekitar Cheng, manakala teman wanitanya menetap di Jasin,” katanya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 1-9-2022 01:03 PM
pi la check in hotel mahal
Quote prettyuglybabe 1-9-2022 03:10 PM
semoga tak kena buang u la dek
lain kali kalau tau nak merendek cuti umum or hari special, sila simpan duit check in hotel 4 5 star ye..
Quote shernazz 1-9-2022 03:22 PM
Amboi aih...
Oenat main futsal ke..penat senam lain neh?
Bakar kalori
Quote ifanonline 1-9-2022 03:24 PM
ini baru betul projek study...
Quote midori888 1-9-2022 03:24 PM
adui....dah conteng arang kat muka mak bapa.....
Quote miszclassique 1-9-2022 03:38 PM
Seriusla kalau 3 star hotel pun paling murah 120 bahagi la 2 orang
Quote glump 1-9-2022 05:56 PM
Buat assignment kat hotel ... assignment apa tu tu
Quote green~tea 1-9-2022 05:59 PM
Diorang ni duduk hotel mcmana eh sampai kena cekup??
Quote ezacbee 1-9-2022 06:34 PM
Miskin no kapel ni hotel mahal pun xmampu. Pasni kawen free.
Quote alieyrina 1-9-2022 06:36 PM
Mcm takdak hari len. Dah sah2 byk operasi time public holiday ko pilih hari penting jugak. camna leh masuk u nihhh
Quote kotakominami 1-9-2022 06:48 PM
Murahnye kau dik..hotel OYO pon ko boleh ikot jantan tu.....sedey
Quote CikYaYaYa 1-9-2022 08:52 PM
Lain macam assigment nie. Tajuk pesenyawaan kaa?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.032314 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top