CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadual Padat, Ezad Lazim Tak Sertai Konsert Exists Bukan Sebab Disishkan

1-9-2022 12:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 734| Komen: 0|Original author: Tatod

Sumber mStar


Timbul khabar angin yang mengatakan penyanyi, Ezad Lazim disisihkan daripada Konsert Resolusi Exists susulan ketiadaan namanya dalam senarai yang bakal membuat persembahan pada 18 November hadapan.

Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, menyangkal dakwaan tersebut selain menjelaskan bahawa dia sudah terlebih dahulu terikat dengan komitmen lain sebelum perancangan konsert itu dibuat.

Menerusi laporan mStar, dia terpaksa menolak tawaran bergabung dengan kumpulan itu bagi memberikan keutamaan terhadap rancangan projek yang sudah dibuat lebih awal.


"Sebaik saja pengumuman konsert tersebut, ramai yang tanya adakah saya disisihkan daripada Exists hinggakan apabila saya tulis luahan di media sosial pun ada yang salah anggap.

"Saya dan Exists tidak pernah bermusuhan dan kami pernah berbincang tentang konsert itu. Malah, saya yang akan jadi vokalis utama pada persembahan itu nanti.

"Bagaimanapun, disebabkan komitmen dan jadual kerja padat sepanjang November nanti, saya ambil keputusan untuk tidak terlibat," jelasnya. 


Tambahnya lagi, dia dan Exists sudah pun berbincang dengan pihak penganjur untuk mengubah tarikh konsert agar dia dapat turut serta dalam konsert tersebut namun tidak dapat dilaksanakan.

Ezad turut memaklumkan bahawa pada November nanti, dia akan mengadakan mini persembahan di  Pulau Langkawi dan berharap ia tidak menjadi saingan kepada konsert Exists itu nanti.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top