CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Kerja Untuk Gembirakan Keluarga, Sebab Tu Kerap Bercuti Secara Mewah

31-8-2022 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7751| Komen: 70

"Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja walaupun hakikatnya saya ada melakukan pekerjaan lain. Tak perlulah saya nak bercerita," kata pelakon Hairul Azreen mengenai pertikaian orang ramai yang sangsi mengenai kemewahan yang dimiliki apabila dikatakan kerap bercuti secara mewah.


Terbaharu Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha mencuri tumpuan ramai menerusi video percutian mereka sekeluarga ke New Zealand apabila mereka memuat naik video sekeluarga, termasuk anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menaiki helikopter sebelum mendarat di sebuah kawasan pergunungan bersalji.



Hairul berkata, sebagai suami dan bapa dia sentiasa bekerja keras untuk membahagiakan keluarga dan percutian di New Zealand selama 10 hari adalah hadiah buat mereka serta dirinya.

"Tujuan hidup saya sekarang mudah iaitu saya bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga saya bercuti. Jadi saya cari duit dan nak buat keluarga saya gembira dengan pergi berjalan-jalan.

"Sebenarnya sebelum ke New Zealand saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang dan kami putuskan untuk ke sana.

"Jadi jujurnya saya bekerja untuk menggembirakan keluarga saya. Sama juga dengan Hanis," katanya.


IG Hairul

Menurut Hairul, sejak zaman bujang lagi dia sering memberi 'ganjaran' kepada dirinya selepas kepenatan bekerja dan kini dia melakukan perkara itu bersama keluarga.

"Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip sebegitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun.

"Apapun bergantung pada diri kita, misalnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kita memang tak mampu nak beli sesuatu di luar kemampuan. Saya pernah merasai hidup sebegitu tapi saya boleh hiburkan hati dengan pergi mandi air terjun sebab tak perlukan perbelanjaan tinggi. Semua ini berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak.

"Jadi saya dengan Hanis memang bekerja kuat untuk luangkan waktu bersama keluarga seperti bercuti. Kalau tidak nanti kita akan tertekan, kita bekerja kuat untuk apa? Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga," katanya.





Terdahulu, Hairul juga sering mencuri perhatian netizen menerusi percutian mewahnya di beberapa buah lokasi luar negara antaranya, Maldives, London dan Australia termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 31-8-2022 08:39 PM
Edited by Hoshhi at 31-8-2022 08:41 PM

Untunglahh duit byk
Quote immaryjane 31-8-2022 09:23 PM
Tp kt benang personaliti tu, kantoi pulak bini dia pinjam baju vivy. Kalau 1 boleh la kebetulan, kalau dh 2 psang haruslah mendatangkn sangsi
Quote silampumeja 31-8-2022 09:27 PM
immaryjane replied at 31-8-2022 01:23 PM
Tp kt benang personaliti tu, kantoi pulak bini dia pinjam baju vivy. Kalau 1 boleh la kebetulan, kal ...

Pasaipa ni... Tajuk apa benang tu ..


Oh ya... Dah tengok air force the movie.

Jauh lagi best dr paskal...
Tak bosan.
Drama..
Technical pon ok..
Quote BarbiePink 31-8-2022 09:44 PM
Okeh untungnya binik
Ikut suka uols ler
Kekrul neh mmg nampak
Effort syg binik tuh
Tp poyo terpaling tuh jer
Iols rasa bosan yach
Quote anarina 31-8-2022 09:59 PM
Cucisss
Quote cicicumel 31-8-2022 10:08 PM
Forex trade kah?
Quote tikusmontok 31-8-2022 10:13 PM
Mcm  lepsok n yoyok kah?
Quote Mulotkoyak 31-8-2022 10:35 PM
Something fishy.. OMG jauh kan ak dr burok sangka... Tibahhh
Quote awenda507 31-8-2022 11:56 PM
Kaya betul holiday mewah2
Quote Joysparta 1-9-2022 12:00 AM
untung laaaaa
Quote Perawankota 1-9-2022 01:45 AM
Jadi apa kerja nya? Ramai betul artis yg kaya semacam
Quote anony-mous 1-9-2022 01:59 AM
Entah la. Kerja keras apa? Tukang angkat brg jualan bini? Klau pelakon filem, boleh kata filem heols mesti flop. Patah amin yg byk job, adi putra pon sama, x ada pula mewah mcm ni
Quote dejure 1-9-2022 02:36 AM
Mcm mana la kalau satu hari nnt kau buat stunt lps tu kau lumpuh, tak boleh kerja lagi.adakah masa tu keknis masih setia dgn kau,atau keknis jd mcm ashira?
Quote airmineral 1-9-2022 05:47 AM
untung keknis
maknani jgn jeles
dan mohon mak nani kembali ke pangkal jalan
lain mcm skg hidup mak nani
da mcm terkinja² pula
Quote stingergrumpy 1-9-2022 06:05 AM
dejure replied at 1-9-2022 02:36 AM
Mcm mana la kalau satu hari nnt kau buat stunt lps tu kau lumpuh, tak boleh kerja lagi.adakah masa t ...

Ko nak jawaban yg gimana utk menepati piawaian ko?
Quote stingergrumpy 1-9-2022 06:07 AM
Perawankota replied at 1-9-2022 01:45 AM
Jadi apa kerja nya? Ramai betul artis yg kaya semacam

So moral of the storyline?

Nak kaya semacam either be a politician yg ada kedudukheun atau jadi retis yg connectivity power ranger.
Quote makcun14 1-9-2022 07:29 AM
Orang kaya matsaleh macam zuckerberg pun tak pernah sampai level humble brag dia .
Quote TomyamPuteh 1-9-2022 07:40 AM
Ingt bila kita dengki dgn kesenangan org lain, kesenangan tu akn dtg dkt kita ke?
Quote virgo19 1-9-2022 07:46 AM
Logik je la diorang kaya. Diorg bukan jenis suka membazir pakai barang branded, handbag mahal semua tu. Bercuti walaupun mewah tapi jarang2. Pastu laki bini rajin cari duit. Kekrul banyak berlakon filem, walaupun sendu tp payment tetap dapat riban2. Keknis pulak byk bisnes dan jadi duta produk. Mestila mereka ada investment lain. Contoh paling sengkek diorg ada saving 2 juta, bila invest kat tempat yg 5% pulangan, setahun dah dapat 100k. Boleh sgt dah pegi cuti2 mewah setahun sekali. Tu kalau 2 juta, aku percaya retis2 ni ada lebih dari tu kalau jenis pandai saving. Jgn la simply tuduh org cuci2, kalau mcm adikanna tu logik la nak cakap cuci + scammer, tu mmg duit memang jenis tabur sana-sini.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048582 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top