Hubungan cinta pelakon Leonardo DiCaprio, 47, dan Camila Morrone, 25, akhirnya terlerai meskipun sebelum ini dikhabarkan sangat serius.
Perpisahan itu disahkan sebuah sumber namun jurucakap kedua mereka enggan memberi komen mengenainya. Pasangan yang mula dikaitkan sejak 2018 itu sebelum ini cukup berahsia mengenai hubungan mereka. Bagaimanapun, DiCaprio dan Camila membuat kemunculan di khalayak sewaktu menghadiri anugerah Oscars pada Februari 2020. Menurut sumber sebelum ini, pasangan itu cukup serius bercinta bahkan sudah bertemu ibu bapa masing-masing.
"Semestinya ia bukan hubungan kasual. Camila banyak habiskan masanya di rumah Leo dan Leo sudah lama kenalkan dia kepada ibu bapanya," kata sumber terbabit. Pada Jun 2020, pasangan terbabit juga sukar berpisah dan meluangkan masa 24 jam bersama sewaktu perintah berkurung pandemik. Julai lalu, foto mereka bersama turut dirakam sewaktu bercuti di sebuah pantai di Malibu. Terdahulu, Camila pernah menegaskan bahawa usia bukan faktor penghalang untuk bercinta dalam sebuah temu bual. "Terdapat banyak jenis hubungan di Hollywood dan dalam sejarah ramai yang jarak usianya jauh masih bercinta. Saya rasa semua ada hak untuk bercinta dengan siapa juga yang mereka inginkan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
delia3003 replied at 2-9-2022 08:49 PM
Leo ni fetish ke ape? Alang2 dah jadi bahan joke, lepas ni try ler cari awak late 20s/early 30s pula ...
ADVERTISEMENT