|
Pasangan pelakon Mona Allen, 37, dan Pekin Ibrahim, 41, menyambut 'Bayi Merdeka' iaitu bayi lelaki yang selamat dilahirkan Puchong, Selangor jam 2.39 pagi ini.
Berita gembira itu dikongsi Mona atau Munna Hafiraneza Allen menerusi Instagram Story dan bersyukur kelahiran terbabit berjalan lancar. "Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. "Baby merdeka lahir pada jam 2.39 pagi," katanya. Mona serta Pekin turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Sumber: Harian Metro
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.412825 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.