CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20,000 Berkumpul Di Rumah Ladang Ahli Politik Tunggu ‘Hari Kiamat’

31-8-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1806| Komen: 9

Kira-kira 20,000 rakyat Kemboja berlindung di rumah ladang milik seorang ahli politik sementara mereka menunggu ramalan banjir dahsyat yang akan membawa kepada pengakhiran tamadun manusia, lapor portal berita MailOnline semalam.


Pengasas Liga Parti Demokrasi (LDP), Khem Veasna mendakwa bahawa ‘lohong hitam’ terbentuk pada tulang belakangnya yang menghantar mesej bahawa banjir besar akan memusnahkan segala-galanya kecuali tanah ladangnya di bandar Siem Reap.


FB Khem

“Saya tidak boleh tidur kerana setiap kali saya tidur, saraf tunjang saya ditarik dengan kuat kerana dunia sedang runtuh dan air mengalir ke dalam jurang,” demikian catatannya di Facebook.


Beliau turut memuat naik imej penampakan di langit yang memaparkan ramalannya mengenai akhir zaman.

Veasna turut menyeru pekerja asing Kemboja di Korea Selatan untuk pulang ke rumah (negara asal).

Rayuan kepada 30,000 ekspatriat di Korea Selatan itu mendorong amaran oleh kedutaan Kemboja di Seoul agar rakyat tidak melakukan perjalanan ke lokasi tersebut. 

Jika pergi tanpa memaklumkan syarikat, mereka tidak akan mendapat pekerjaan mereka kembali.

Jurucakap kementerian buruh juga menggesa orang ramai supaya tidak berhenti kerja hanya kerana ‘kepercayaan karut seorang individu’.

Veasna mula berkongsi ramalannya di Facebook minggu lalu dan pihak berkuasa menganggarkan sehingga 20,000 orang termasuk kanak-kanak dan orang tua telah berpindah ke rumah ladangnya.

Veasna menghiburkan mereka dengan kuliah harian dari pukul 1 petang hingga 7 malam (waktu tempatan) melalui pembesar suara, tetapi penduduk tempatan mengadu tentang kekecohan pengikutnya dan mereka membuang air besar di tempat terbuka.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-8-2022 05:12 PM
Kultus?


Quote tikusmontok 31-8-2022 05:21 PM
20,000 tu...makan minum, tido baring, verak kincin
Quote dua_chzy 31-8-2022 05:26 PM
tikusmontok replied at 31-8-2022 09:21 AM
20,000 tu...makan minum, tido baring, verak kincin

Kalau kutip yuran penyertaan sorang 2 hengget tiap bulan pon dah boleh sara makan minum 10 bini.
Quote dua_chzy 31-8-2022 05:29 PM
Akak gugel gambo hado la juga sisi hensem habang ni.
Quote hyie 31-8-2022 05:48 PM
kurafat sangat
Quote Goodluckdontcry 31-8-2022 06:29 PM
Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha...mcm org jahat plak ketawa..tp..ha ha ha ha ha ha bongok..ha ha ha ha.. ketahikan apakah ini...ha ha ha ha ha ha wayar putus...hahahahaha
Quote zuuu 31-8-2022 06:33 PM
Dah kenapa ko???dh dah kenapa jugak boleh ada 20k org boleh pecaya kata2 camni???
Quote Nnoor2 31-8-2022 06:34 PM
Islam agama terbaik....tu pun jika penganutnya faham

Kalau yg x faham tu yg ikut ajaran sittah Annur tu
Quote redz85 31-8-2022 06:37 PM
kelas kau bang, setiap kali kau tidur, dunia dalam kehancuran..

dah tahu gitu, cepat lah taubat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.031673 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top