CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bayar Hutang Aku Dulu Baru Nikah' - Shahir Culas Bayar Hutang?

31-8-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12043| Komen: 68

Semakin menghampiri hari bahagia bergelar raja sehari, nama Shahir Zawawi terpalit kontroversi apabila didakwa gagal menjelaskan hutang.

Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menjawab dakwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.


IG Shahir

"Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.


"Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya," katanya kepada mStar.

Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

"Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu," komen individu berkenaan.

Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

"Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

"Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 31-8-2022 04:51 PM
Saba jap.. lepas kawin bini bayarkan.. gituuu ku pitnah
Quote dudaberhias 31-8-2022 04:54 PM
Eeeee kepam, awie berambut pendek lebih wangi dari heols kalau di bandingkan sebelah2.
Quote KirazMevsimi 31-8-2022 05:00 PM
dudaberhias replied at 31-8-2022 04:54 PM
Eeeee kepam, awie berambut pendek lebih wangi dari heols kalau di bandingkan sebelah2.

hahaha betul tu kaka. elok kemas je rambut dato' awie
Quote Dolmat 31-8-2022 05:00 PM
Macam sheqal pulakkkk sekali IMBAS..

Biawokkkkkk jugak ke....?
Quote KirazMevsimi 31-8-2022 05:02 PM
moga shahir murah rezeki ye, dapat melangsaikan segala hutang
Quote laksmanabentan 31-8-2022 05:09 PM
alhamdulillah da dapat da siapa nak sponsor bayar hutang lepas nih...
terbaik laa shahir....
Quote ezacbee 31-8-2022 05:09 PM
Takde hitam putih senanglah xmengaku. Tengok muka pun tau jenis reti pinjam, culas membayar.

Tumpang simpati kat tunang dia. Pikir2kan.
Quote nakkomenjugak 31-8-2022 05:14 PM
Bukan dah lama ke ada kes heol jenis minjam tak bayar...
bakalan bewok kahhh?
Quote green~tea 31-8-2022 05:27 PM
sebab tu kot si ratu tak kesah tak jadi kawen, obvious sgt rupa bewak mamat ni kohkohkohkohkoh
Quote cicicumel 31-8-2022 05:42 PM
4k je pon. Xkan x mampu bayor
Quote imransulaiman 31-8-2022 05:43 PM
Takkan tak selesai lagi kes hutang dia ni? Macam dah lama dah kisah tu..

Semoga dipermudahkan...
Quote beatgirlX 31-8-2022 05:45 PM
Mudah2an baik2 aje utk bakal isteri
Quote printercomel 31-8-2022 05:52 PM
imransulaiman: Takkan tak selesai lagi kes hu ...


Yang lama tu kes lain kot. Sampai arwah dah si pemberi hutang tu.
Quote imanjannah 31-8-2022 06:00 PM
bayar la klu betul2 berhutang..
Quote sukacactus 31-8-2022 06:11 PM
Hina betul org yg lari dr bayar hutang ni
Igt skit, esok2 dah masuk tanah, kena soal tau  pasal hutang
Quote ninnakarinna 31-8-2022 06:13 PM
cicicumel replied at 31-8-2022 05:42 PM
4k je pon. Xkan x mampu bayor

4k tahun bila tu.. Klau skrg 4k dah susut nilai sebab inflasi.. Kalau ada ihsan, dia patut bayar lebih 4k.. Ni kalau dia betul berhutang laa..
Quote Perawankota 31-8-2022 06:36 PM
Hutang payment sangkut ke tu
Quote anony-mous 31-8-2022 07:24 PM
Sabar2 , lepas khwin nanti dia byr guna duit wife ingatkan dah berubah, gitu la jugak , hebat tekaan porumer2
Quote cintasuraya 31-8-2022 07:26 PM
Ya ampun dh nak kawin ne


Bini terganggu tak?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.088327 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top