Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 pada Rabu dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). mStar melaporkan, perkara itu dimaklumkan Pejabat Dr Mahathir menerusi kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, awal Januari lalu bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif. Pada 16 Disember tahun lalu, media pada 16 Disember tahun lalu melaporkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke institut berkenaan untuk menerima rawatan sama.
Menurut laporan, Dr Mahathir mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 sebelum menjalani pembedahan pintasan kuadrup setahun kemudian. - CARI
|
Nnoor2 replied at 31-8-2022 12:45 PM
Moga cepat sembuh Tun...
Aku rasa aku kena covid tempohari walau test negative...tapi badan rasa te ...
ADVERTISEMENT