Penampilan penyampai radio popular, DJ Lin yang berhijab baru-baru ini mengundang persoalan sama ada ibu kepada dua anak itu sudah bertudung sepenuhnya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, penampilan itu sebagai memenuhi jemputan majlis kesyukuran anjuran pelawak dan usahawan, Shuib. “Sebenarnya saya memenuhi jemputan majlis kesyukuran penyampai baharu Suria FM, Shuib yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria bermula semalam. Dia mengundang saya dan rakan-rakan Suria semua. “Sebab itu penampilan saya sedikit berbeza daripada biasa,” katanya.
Dalam pada itu, DJ Lin turut mengharapkan agar peminat mendoakan dia untuk memakai hijab sepenuhnya satu hari nanti dan berharap agar penghijrahan itu akan kekal buat selama-lamanya. “Ramai yang mendoakan dan memuji, Alhamdulillah dan terima kasih. Doakan saya berhijab sepenuhnya. “Paling penting, semoga penghijrahan itu nanti adalah satu transisi abadi dan terus kekal sehingga akhir hayat saya,” katanya. Sumber: Utusan |
LadyCarefree replied at 31-8-2022 01:29 PM
Bodohnya lahai. Meleis and tudung and those nak pander to the masses yg anggap tudung is islam is tu ...
Zeatyisaac replied at 31-8-2022 12:15 PM
Sedap suara DJ Lin. Ingatkan dia masih muda.
ADVERTISEMENT