CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan, Duta OctaFX Di Kalangan Artis Jadi Bualan Netizen

31-8-2022 07:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6263| Komen: 28



Kecoh di media sosial apabila Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) pada 29 Ogos 2022, Isnin.

Senarai yang dikeluarkan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Melalui kemas kini tersebut, BNM telah menambah syarikat OctaFX ke dalam senarai tersebut yang dikeluarkan sebagai panduan kepada pengguna.

Apa yang menimbulkan kerisauan adalah banyaknya iklan OctaFX menggunakan selebriti tempatan disajikan kepada orang ramai di Malaysia sebelum ini melalui pelbagai platform media sosial.


Perlu diingat, sesiapa yang berurusan dengan syarikat yang terdapat di dalam senarai ini tidak akan dilindungi oleh BNM kerana ia di luar kawalan BNM. Jadi segala urusniaga atau pelaburan di platform tersebut adalah atas risiko pengguna sendiri.

Disebabkan itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen mula menyeru nama duta syarikat tersebut yang terdiri di kalangan artis ternama.



Terdahulu, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakhri Syed Ishak pernah menyampaikan sedikit pesanan buat artis-artis Malaysia yang dilihat rancak melakukan ulasan ataupun ‘review’ berkaitan syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX di Instagram.



PU Syed turut bertanyakan kepada artis yang menerima ‘job’ itu untuk mengambil tahu sama ada halal atau haram cara dagangannya sehingga begitu berani mereka bermain dan menguar-uarkan kepada orang awam. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 31-8-2022 06:47 AM
kahkah... ramai lagi artis jadi duta octa ni.. nyampah aku nak tengok youtube asyik keluar iklan dorang je
Quote j3m4h 31-8-2022 06:53 AM
watatakut replied at 31-8-2022 06:47 AM
kahkah... ramai lagi artis jadi duta octa ni.. nyampah aku nak tengok youtube asyik keluar iklan dor ...

game ads pon ade je muke sempudal ni siss…
Abis data nk claim reward kne tgk ads anjir ni sajok…
Skim pak man telo versi millenium ke nih?
Quote lee_sakura 31-8-2022 07:20 AM
jd diorg ni la yg dipanggil polis utk soal siasat hr tu eh
Quote F685 31-8-2022 08:48 AM
Main saham bursa saja
Quote laksmanabentan 31-8-2022 08:52 AM
yang penting masyukkkk
Quote awanearisu 31-8-2022 11:29 AM
mungkinkah bakal ada sesi penyucian duta octafx membangunkan sekolah tahfiz selepas ini?
Quote LadyCarefree 31-8-2022 01:31 PM
Patut dah ada law forex trading is illegal maka enforcelah law tu.
Bg pihak jakim pulak pi lah tangkap benda terang2 lagi dipromote. Khalwat sibuk pula sampai pecahkan rumah orang.
Quote Buritan 31-8-2022 01:44 PM
LadyCarefree replied at 31-8-2022 01:31 PM
Patut dah ada law forex trading is illegal maka enforcelah law tu.
Bg pihak jakim pulak pi lah tang ...

Aah kan.. kalo khalwat sgt cepat tp bab mcm ni war lek wat pis jahhh..
Quote nakkomenjugak 31-8-2022 05:16 PM
hehehe job kesenduan tapi lifestyle mewah
paham2 jeleeeee donya laghoooo ni acane
Quote imransulaiman 31-8-2022 05:50 PM
Asal masyuuuk dapat bayaran kan...halal haram tolak tepi.

Maaf cakap...rasanya orang biasa pun akan jadi macam tu
Quote QueenIsolde 31-8-2022 07:43 PM
Iols lebih fokus kat gambar kri ng abejoe budu duduk..cara duduk tu leh nampak beza laki straight ng laki jadian
Quote tikusmontok 31-8-2022 10:23 PM
Naik nama lepsokri ngan doyok
Quote orkid_amani 31-8-2022 10:36 PM
Yg aii penah tgk iklan ni masa main game wakdoyok..fizo..alip syukri..awal pun ada klu xsalah
Quote jay_07 1-9-2022 02:55 AM
patutlah masyukk.. dulu x silap awal2 zizan pun ada tapi lepas ramai pertikai halal haram dia pun out
Quote anony-mous 1-9-2022 02:58 AM
Low classnya retis yg sggup dpt duit cara mcm ni. Terang2 forex tu haram lg mau promote. Klau org biasa tu, mgkin sbb susah dpt duit. Retis2 yg 3 ekor ni bkn masing2 flex dah kaya? Ujung2 xkisah mkn duit haram rupanya
Quote Gianna111 1-9-2022 08:37 AM
acik rose tersenyum lega..
Quote pekanwoohoo 1-9-2022 09:25 AM
Pakai lah YouTube premium. Beli dekat shopee berapa rm je pun. Legit. Puas hati tak pernah dah tahu pasal ads bodoh ni lagi. Pasang zikir anak tidur pun tenang je takde gangguan ads bangang tengah-tengah lagu.
Quote KamikuP 1-9-2022 09:58 AM
Patutlah hidop artis tak berkat duit haram byk pun byk problema melanda..cth abe pijo.. kawen cerai
Quote chekacheku 1-9-2022 10:02 AM
Byk bisnes trading nk pow org..kalo betul blh kaya biasa org xwar2..mkn sorg2 je

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037950 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top