CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Duduk Rumah Kedai Tapi Selera Kondo", Lelaki Pelik Kerana Disergah Guna Parking Sudah Dicop

31-8-2022 07:01 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5375| Komen: 42



BANGI - Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan isu yang sering berlaku di kawasan perumahan bertingkat iaitu cop tempat parking kenderaan. Rumah flat dan rumah kedai kebiasaannya ruang parking adalah bebas dan tidak dimiliki oleh individu tertentu jadi konsepnya siapa cepat dia dapat.

Namun begitu, baru-baru ini tular satu rakaman di grup DashCam Owners Malaysia memaparkan seorang lelaki bersusah payah cuba untuk keluar dari tempat parkir kerana kenderaannya telah dihalang oleh kon dan sebuah kenderaan lain.

Loading FB Video...


Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Bangi itu, lelaki tersebut yang juga pemilik dashcam disergah oleh sepasang suami isteri yang kemudiannya tiba di tempat parkir dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengalihkan kereta milik mereka.

Bukan sahaja kenderaannya dihalang, malah pemilik dashcam tersebut turut dimarahi dan dipersalahkan pula kerana telah mengambil parkir yang sudah dicop oleh mereka.

Meskipun ditegaskan oleh pemilik dashcam bahawa parkir tersebut untuk kegunaan awam namun wanita terbabit tetap berkeras mengatakan bahawa parkir tersebut milik mereka kerana sudah dicop dan mereka ada hak kerana tinggal di rumah kedai disitu.

Jesteru, video terbabit telah mengundang kritikan ramai yang mempersoalkan tindakan cop parkir di kawasan lot kedai.



Malah, ada yang menyarankan agar pasangan tersebut memohon parkir persendirian dengan pihak bandaraya tetapi haruslah membayar sewa secara bulanan. Dengan berbuat demikian dan jika diluluskan, barulah parkir tersebut akan diletakkan garisan merah menandakan ia sudah digazet oleh pihak persendirian. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 31-8-2022 06:35 AM
b40 pakai yonda pon masih terserlah genetik pprt  ya…kemon dik dah 65 thn merdeka nih…sbb tu iolss x ske duk tmpt mcm nih…
Quote cmf_ctrl 31-8-2022 06:50 AM
pakai civic dok nyewa rumah kedai... siap cop parking. malu la woi
Quote Rdizz 31-8-2022 06:56 AM
Ada video tak. Mentaliti ulu, x tahu malu claim yg bukan hak sbg hak sendiri, ni pun 1 bentuk rompak, rompak parking awam plus samseng sebab dare nk sergah org yg tak bersalah. Tak ada rasa bersalah dan tak tau malu, nk kata tak tau undang2 x patut sgt. Kena ajar org mcm ni, bagus viral biar kena kutuk kot sedar diri sikit.
Quote akies 31-8-2022 06:56 AM
Perkara biasa jika duduk di flat / apartment yg ada open space utk parking. Jika nak cop parking bagai, eloklah pindah ke rumah landed. Baru puas hati
Quote Kak.Nah.Bosan 31-8-2022 07:11 AM
Rdizz replied at 31-8-2022 06:56 AM
Ada video tak. Mentaliti ulu, x tahu malu claim yg bukan hak sbg hak sendiri, ni pun 1 bentuk rompak ...

Kan ada video kat atas tu

Mmg patut viralkan biar glamor sikit.tapi jngn stop situ aje..report sekali biar kena ambil tindakan.suka hati cop parking awam. Siap menengking pula tu
Quote spankee_fili 31-8-2022 07:19 AM
Nampak macam petak kuning gambar tu, ke mata iols yg rabun pagi2 merdeka ini
Quote lee_sakura 31-8-2022 07:28 AM
biasa la parking open space
Quote ultra78 31-8-2022 07:34 AM
Duk rumah kedai tapi pakai kereta H. Apa kata guna duit tu beli rumah yang lagi selesa dan ada petak parking utk unit kau.
Quote krustykrab 31-8-2022 08:17 AM
akies replied at 31-8-2022 06:56 AM
Perkara biasa jika duduk di flat / apartment yg ada open space utk parking. Jika nak cop parking bag ...

Nt pindah rmh landed, cop parking depan rmh jiran pulak, bergaduh pulak dgn jiran
Quote FOTHER-MUCKER 31-8-2022 08:20 AM
Setiap bandaraya di Malaysia memerlukan cctv seperti ini!

[fbvlink]https://fb.watch/feoEkJq6iu/[/fbvlink]
Quote cikmouse 31-8-2022 08:20 AM
Dasar mentaliti jamban...gitoo laaaa...
Quote stingergrumpy 31-8-2022 08:30 AM
Ini satu fitnah yg besar....keatas rakyat malaysia umumnya dan warga bangsa sabsidi khususnya...kerana budaya cop cop ini hanya milik kiasu kiasu warga negara jiran selatan kita...

So please.....aku langsung tak percaya....








Wakahkahkahkahkahkahkahkah
Quote akies 31-8-2022 08:40 AM
krustykrab replied at 31-8-2022 08:17 AM
Nt pindah rmh landed, cop parking depan rmh jiran pulak, bergaduh pulak dgn jiran

Muahaha..mcm jiran iols..baru datang menyewa sini..
Ada ke pulak berebut parking depan rumah dgn iols..
Iols dah bertahun parking kete aman2 di situ
Org kedah panggil ‘peghak’
Quote tri-max 31-8-2022 09:16 AM
flat dgn masalah parking mmg takkan ada sudahnya
dlm kepala setiap penghuni, parking kereta mesti dekat dgn unit umah
masalahnya kau hanya beli unit umah, bukan keseluruhan bangunan.. lol
Quote harisbee 31-8-2022 09:56 AM
akies replied at 31-8-2022 08:40 AM
Muahaha..mcm jiran iols..baru datang menyewa sini..
Ada ke pulak berebut parking depan rumah dgn i ...

Seberang jln kan...jd kalu rumah landed..tanah depan rumah sampai hujung dunia tu owner rumah punya kan
Quote fortiori13 31-8-2022 10:16 AM
Adab pun x de, dah halang kete orang patut mintak mahap, ni dimaki pulak orang tu...
Quote imransulaiman 31-8-2022 05:53 PM
spankee_fili: Nampak macam petak kuning gamb ...


Garisan parking lot rasanya.. Harap mata aku pun tak kero....huhu
Quote krustykrab 31-8-2022 05:58 PM
harisbee replied at 31-8-2022 09:56 AM
Seberang jln kan...jd kalu rumah landed..tanah depan rumah sampai hujung dunia tu owner rumah puny ...

Bukan owner rumah or sesiapa punya pun. Tp jiran pun jgn lah buta perut sgt kan, dah masing² ada kwsn masing² tak.perlulah nk park jugak depan rmh org lain.. bila ada sampah kat depan rmh jiran tu, ada tak jiran yg suka menumpang tu ambik inisiatif utk bersihkan sekali kwsn yg dia tumpang tu? Idok kan, dia cuma bersihkn kwsn dia je. So, masing² jaga lah adab berjiran.
Quote KamikuP 1-9-2022 10:16 AM
Selera Bifoti ni aneh2 belaka.. kalau x menyusahkan org bukan bifoti namanya

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066195 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top