CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Mati Tersepit Dalam Perodua Kancil Jatuh Gaung

30-8-2022 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1671| Komen: 1

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas kereta dinaikinya bersama empat lagi individu terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki di Jalan Buloh Kasap - Jalan Kuala Paya, di sini, pada Selasa.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan Dua, Fuad Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 3.06 petang sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dikerahkan ke lokasi kejadian.


Foto ihsan bomba

Katanya, mangsa, Rizz Haikal Ereyentoo, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk belakang Perodua Kancil dinaikinya.


Manakala empat mangsa lain yang berada dalam kenderaan terbabit berjaya keluar dengan sendiri dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

"Seramai enam anggota dibantu satu jentera jentera LFRT dari BBP Segamat telah dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan kemalangan terbabit.

"PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan dibawa naik ke tempat yang lebih selamat.

"Bagaimanapun, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan dari Klinik Kesihatan Buloh Kasap.

"Seorang wanita berusia 39 tahun bersama tiga lagi kanak-kanak berusia enam tahun yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan selamat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut Fuad, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi menyelamat ditamatkan pada jam lebih kurang 5.29 petang setelah pihaknya memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-8-2022 12:13 AM
Jadi kat Johor kan ni?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.090861 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top